Malaysian Attention Engine
Live wire
53Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing53Business : Budget 2027 Measures Expected To Support Homeownership, Property Market Growth50General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption47General : F1 Success Shows Unity Is One Of Malaysia's Greatest Strengths - Anwar47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon45Business : Minimum Wage Increase Important Labour Market Reform - EPF45Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan45Kerajaan perlu lebih agresif perkukuh kerjasama awam-swasta: penganalisis ekonomi44General : KHUP5 Brings Together Information, Services And Expertise To Help Prospective Haj Pilgrims44General : RM240 Million Allocated For Preparations To Host 2027 SEA Games And Asean Para Games – PM Anwar44Business : DRB-Hicom Welcomes RM5 Mln Tax Deduction Incentive For AHTV Under Budget 2027
NewConfirmedupdated 1 h ago

KKM komited laksanakan amanah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 19:27 MYTLatest activity 9 Oct, 20:05BMconfidence 80%

What happened

KKM komited laksanakan amanah (Harian Metro, 19:27)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

KKM komited laksanakan amanah

By Fairul Asmaini Mohd Pilus · 9 Oct, 19:27 MYT

asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk melaksanakan amanah Kerajaan MADANI dengan penuh tanggungjawab, bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati sistem kesihatan yang berkualiti, adil dan menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus memberikan keutamaan kepada sektor kesihatan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan, hari ini.

"KKM menerima peruntukan RM47.70 bilion dengan peningkatan RM1.18 bilion atau 2.55 peratus berbanding 2026 iaitu RM46.52 bilion.

"Daripada jumlah itu, RM40.95 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dengan peningkatan RM1.18 bilion atau 2.96 peratus berbanding RM39.78 bilion pada 2026.

"Manakala RM6.75 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan berbanding RM6.74 bilion pada 2026," katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Dzulkefly, antara inisiatif utama KKM menerusi Belanjawan 2027 adalah untuk memperkukuh tenaga kerja kesihatan dengan menawarkan 9,000 jawatan tetap kepada doktor kontrak, termasuk doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah.

Selain itu, peruntukan berkenaan juga akan digunakan untuk meningkatkan insentif pos basik bagi 47,000 anggota paramedik dan jururawat daripada RM100 kepada RM200 dan menaikkan insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.

"Peruntukan itu juga untuk menaik taraf infrastruktur serta kemudahan kesihatan bagi membina sembilan fasiliti kesihatan baharu, termasuk kompleks kesihatan di Johor, Kuching, Gerik dan Rembau.

"Sebanyak RM1.2 bilion juga akan digunakan bagi penyelenggaraan dan pembaikan hospital serta klinik kesihatan, termasuk menaik taraf klinik daif dan kuarters selain menyediakan RM968 juta untuk peralatan perubatan moden, menaik taraf kemudahan hemodialisis serta memperoleh 400 ambulans baharu," katanya.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan kesesakan fasiliti kesihatan, KKM akan meningkatkan peruntukan penyumberluaran pesakit kepada RM200 juta, dengan peluasan skop perkhidmatan termasuk penggunaan fasiliti swasta, khidmat pakar secara sesi dan rawatan khusus.

Kata Dr Dzulkefly, KKM juga akan meneruskan pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik di fasiliti kesihatan seluruh negara melalui pelaburan RM1 bilion oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, bagi memastikan golongan rentan tidak tercicir, KKM turut meningkatkan Dana Tabung Bantuan Perubatan kepada RM60 juta.

"KKM juga akan menyediakan RM80 juta bagi saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan barah melalui program PeKa B40 serta memperluas saringan talasemia percuma kepada suami dan anak kepada pembawa talasemia.

"Selain itu, Pelan MediAsas pada harga mampu milik juga akan dilancarkan dengan bayaran hospital berasaskan jenis diagnosis dan rawatan bagi membantu rakyat merancang serta mengawal kos rawatan dengan lebih baik. bagi memperluas perlindungan kewangan kesihatan," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa memberi perhatian terhadap soal aksesibiliti setiap lapisan masyarakat dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk memperkasa rakyat melalui kesihatan dan kesejahteraan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow20:00
Latest 20:19 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 19:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    19:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.