Malaysian Attention Engine
Live wire
49"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker49General : Foreigners' Illegal Economic Activities In Semporna Raised In Federal Cabinet47Sekolah di Melaka, Selangor, N.Sembilan, tiga daerah Pahang beroperasi esok47General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone47Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’47Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM44General : Remaining Work On Mabul Island FOB Project Must Be Completed On Schedule In 202841Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Natasha terlepas pertahan gelaran, raih perak35Aliff sedia uji kehebatan juara dunia35MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 203534Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

KLCC sasar anjur 27 persidangan antarabangsa tahun depan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 15:05 MYTLatest activity 19 Oct, 15:05BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyasarkan penganjuran sekurang-kurangnya 27 persidangan antarabangsa pada tahun 2027 yang dijangka menarik kehadiran lebih 27,170 delegasi dari seluruh dunia. (Utusan Malaysia, 15:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

KLCC sasar anjur 27 persidangan antarabangsa tahun depan

By SABRINA ZULKIFLI dan MADZALINA MAJING · 19 Oct, 15:05 MYT

KUALA LUMPUR: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyasarkan penganjuran sekurang-kurangnya 27 persidangan antarabangsa pada tahun 2027 yang dijangka menarik kehadiran lebih 27,170 delegasi dari seluruh dunia.

Sasaran positif itu dibuat berikutan kejayaan pusat konvensyen berkenaan merekodkan pencapaian memberangsangkan apabila berjaya menarik lebih 40,093 delegasi menerusi penganjuran 43 persidangan antarabangsa sepanjang tahun ini.

Bagi memperkukuh penawaran perkhidmatan serta daya saingnya, KLCC mengumumkan pengenalan inisiatif Flavours of KLCC 2027 yang mengetengahkan pelbagai pilihan sajian, hospitaliti dan perkhidmatan sokongan eksklusif untuk acara korporat, persidangan serta majlis keraian.

Timbalan Pengurus Besar KLCC, Robert Hatton-Jones berkata, inisiatif berkenaan memberi ruang kepada pelanggan dan rakan niaga untuk merasai sendiri kepelbagaian sajian serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan mengikut kesesuaian pelbagai skala acara.

“Program ini memberi peluang kepada kami untuk menghimpunkan hasil kerja terbaik pasukan sepanjang tahun, selain membolehkan rakan niaga merasai sendiri pengalaman hospitaliti yang ditawarkan.

“Antara hidangan yang menjadi tumpuan utama merangkumi kambing panggang, yee sang sempena Tahun Baharu Cina, laksa Sarawak serta pelbagai variasi pembuka selera dan pencuci mulut,” katanya pada majlis pengenalan Flavours of KLCC 2027 di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Cef Eksekutif KLCC, Hisham Jaafar berkata, setiap penyediaan menu dirangka khas dengan mengambil kira tema acara, profil tetamu serta pengalaman unik yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur.

“Setiap acara mempunyai identiti tersendiri dan pilihan menu perlu mencerminkan perkara berkenaan. Tugas kami adalah memahami keperluan pelanggan sebelum menghasilkan sajian bernilai tinggi yang meninggalkan kesan berpanjangan,” jelasnya.

Sebagai bukti komitmen terhadap kualiti dan kelestarian, KLCC turut berjaya meraih pensijilan ISO 20121 bagi Pengurusan Kelestarian Acara pada tahun 2026, di samping merangkul Anugerah Perdana Menteri Hibiscus bagi kategori Pusat Konvensyen dan Pameran Lestari. – UTUSAN

The post KLCC sasar anjur 27 persidangan antarabangsa tahun depan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 15:40 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 15:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.