
Konsert piano peribadi untuk beruang bulan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hanoi: Pemuzik rock terkenal dan bekas pemain keyboard kumpulan Yes, Rick Wakeman, 77, mengadakan konsert piano peribadi khas untuk 11 ekor beruang bulan. (Harian Metro, 20:39)
Read the reporting
1 report
Konsert piano peribadi untuk beruang bulan
Hanoi: Pemuzik rock terkenal dan bekas pemain keyboard kumpulan Yes, Rick Wakeman, 77, mengadakan konsert piano peribadi khas untuk 11 ekor beruang bulan.
Semua beruang itu diselamatkan daripada ladang pengambilan hempedu beruang di pusat perlindungan haiwan Animals Asia di Vietnam.
Memetik laporan PEOPLE, persembahan pada 24 September lalu itu menjadi detik istimewa apabila beruang yang juga dikenali sebagai beruang hitam Asia berkenaan bukan sekadar mendengar muzik, malah menghampiri pagar untuk melihat Wakeman bersama piano besarnya dengan lebih dekat.
Bagi Wakeman, persembahan itu merealisasikan impiannya yang mula dibincangkan pada 2019 namun, terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan pembedahan besar yang perlu dijalaninya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Animals Asia, Dr Jill Robinson berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Wakeman untuk mengadakan persembahan bukan sekadar untuk beruang tetapi di hadapan haiwan berkenaan.
"Selepas tujuh tahun, kami akhirnya berjaya merealisasikan hasrat beliau di pusat perlindungan kami di Vietnam..
"Kami amat berterima kasih kerana beliau sudi menggunakan bakat luar biasanya untuk membantu beruang-beruang di sini menerusi persembahan yang begitu istimewa," katanya kepada PEOPLE.
Wakeman sudah lama menyokong usaha Animals Asia menyelamatkan beruang bulan daripada ladang hempedu, tempat haiwan berkenaan dikurung dalam sangkar besi sempit sepanjang hayat mereka.
Pemuzik Britain itu dilantik sebagai Duta Animals Asia di United Kingdom pada 2017 dan menggunakan muzik serta humor untuk meningkatkan kesedaran mengenai kekejaman industri berkenaan yang membabitkan pengeluaran hempedu secara menyakitkan daripada beruang hidup.
Beliau berkata, nasib beruang di ladang hempedu yang diketahuinya pada 2016 mendorongnya untuk menyokong pertubuhan kebajikan itu dalam apa jua cara yang mampu dilakukannya.
Menerusi beberapa lawatan ke pusat perlindungan berkenaan, Wakeman turut menjalin hubungan rapat dengan beruang yang diselamatkan, sekali gus mendorongnya menghasilkan empat gubahan muzik piano yang diinspirasikan haiwan itu untuk dipersembahkan kepada mereka.
Wakeman menyifatkan pengalaman bermain piano di hadapan beruang itu sebagai sesuatu yang tidak pernah dialaminya sepanjang 77 tahun hidupnya, malah dia hampir tidak mengalihkan pandangan daripada haiwan
berkenaan sepanjang persembahan selama sejam itu.
Pada mulanya, beliau menyangka hanya seekor atau dua ekor beruang akan mendengar muzik selama beberapa minit, namun 11 ekor haiwan itu hadir dan beberapa daripadanya kekal sehingga persembahan berakhir, malah kelihatan gembira menikmatinya.
Robinson berkata, beruang berkenaan perlahan-lahan berpaling ke arah muzik sebelum menghampiri pagar paling dekat dengan piano.
Ada yang duduk di atas rumput, berbaring dengan kepala di atas kaki manakala beberapa ekor berdiri menggunakan kaki belakang untuk melihat dengan lebih jelas.
Persembahan itu menjadi konsert muzik langsung pertama di pusat perlindungan berkenaan yang sebelum ini turut menyediakan muzik latar sebagai sebahagian daripada proses pemulihan beruang.
Walaupun Vietnam sudah mengharamkan penternakan hempedu beruang, Animals Asia memaklumkan masih terdapat 125 ekor beruang yang pernah digunakan dalam industri itu terperangkap di sangkar sempit di ladang yang sudah ditutup dengan empat ekor dilaporkan mati setiap bulan.
Wakeman berharap orang ramai menyokong usaha membebaskan baki 125 ekor beruang itu dan membawa mereka ke pusat perlindungan secepat mungkin manakala Robinson percaya haiwan yang diselamatkan mampu menikmati masa depan lebih baik jika diberikan masa, sumber dan kasih sayang untuk pulih.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.