
Kosmo! sertai cabaran Explorace Hulu Selangor, raih tempat ke-5
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA KUBU BHARU – Pasukan Kosmo! berjaya meraih tempat kelima dalam Pertandingan Explorace Hulu Selangor: Eco Discovery 2026 yang menghimpunkan 30 pasukan di Dataran Warisan, di sini semalam. (Kosmo!, 15:07)
Read the reporting
1 report
Kosmo! sertai cabaran Explorace Hulu Selangor, raih tempat ke-5
KUALA KUBU BHARU – Pasukan Kosmo! berjaya meraih tempat kelima dalam Pertandingan Explorace Hulu Selangor: Eco Discovery 2026 yang menghimpunkan 30 pasukan di Dataran Warisan, di sini semalam.
Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Excapt Event itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Ke-5 MPHS bagi mempromosikan pelancongan, warisan dan kelestarian alam sekitar di daerah berkenaan.
Program tersebut bukan sahaja menguji ketangkasan dan semangat berpasukan peserta menyelesaikan setiap cabaran, malah memberi peluang kepada mereka meneroka keunikan sejarah serta identiti Kuala Kubu Bharu.
Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin berkata, sambutan menggalakkan terhadap pertandingan itu membuktikan minat orang ramai untuk meneroka keistimewaan Hulu Selangor.
Beliau berkata, penyertaan sebanyak 30 pasukan dan permintaan daripada orang ramai yang masih mahu menyertainya walaupun kuota telah penuh menunjukkan program seumpama itu mempunyai daya tarikan tersendiri.
“Malah secara tidak langsung memperlihatkan bahawa semakin ramai yang berminat untuk hadir ke Hulu Selangor bagi meneroka keunikan sejarah, warisan, alam semula jadi serta pelbagai tarikan yang terdapat di daerah ini,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS, Shaiful Rezza Piamin di sini, semalam.
Menurut beliau, pemilihan Kuala Kubu Bharu sebagai lokasi pertandingan juga bertepatan dengan keistimewaan pekan bersejarah itu yang terkenal dengan konsep perancangan bandar Garden City.
“Peserta berpeluang mengenali Kuala Kubu Bharu bukan sekadar sebagai sebuah pekan, tetapi destinasi yang kaya dengan sejarah, warisan dan identiti tersendiri,” katanya.
Dalam pada itu, elemen kelestarian alam sekitar turut diberikan perhatian menerusi tugasan pengumpulan minyak masak terpakai dan barangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste).
Sebanyak 230 kilogram minyak masak terpakai serta 37 unit barangan e-waste dengan berat keseluruhan 14.65 kilogram berjaya dikumpulkan hasil penyertaan peserta.
Pertandingan tersebut turut membawa misi kemasyarakatan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila sumbangan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah dan Asrama Baitul Rahmaniah Bairah. – KOSMO! ONLINE
The post Kosmo! sertai cabaran Explorace Hulu Selangor, raih tempat ke-5 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.