Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kuala Langat tawar keindahan alam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:16 MYTLatest activity 18 Oct, 10:16BMconfidence 60%

What happened

Terletak di selatan Selangor, Kuala Langat menawarkan pengalaman percutian yang berbeza daripada kesibukan kota menerusi keindahan alam semula jadi, kawasan tanah lembap dan pelbagai tarikan rekreasi untuk seisi keluarga. (Kosmo!, 10:16)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Kuala Langat tawar keindahan alam

By ZURAINI BINTI MOHD KHALID · 18 Oct, 10:16 MYT

Terletak di selatan Selangor, Kuala Langat menawarkan pengalaman percutian yang berbeza daripada kesibukan kota menerusi keindahan alam semula jadi, kawasan tanah lembap dan pelbagai tarikan rekreasi untuk seisi keluarga.

Destinasi itu sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa di luar bandar, mendekati hidupan liar atau menikmati aktiviti santai dalam suasana yang lebih mendamaikan.

Menurut seorang penduduk tempatan, Ahmad Syakir, 45, keindahan alam semula jadi di Kuala Langat bukan sekadar tarikan pelancongan, malah menjadi ruang untuk berehat daripada kesibukan harian.

“Bagi saya, keistimewaan Kuala Langat ialah suasananya yang masih dekat dengan alam semula jadi.

“Kita boleh meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati persekitaran yang lebih tenang tanpa perlu pergi jauh dari kawasan Lembah Klang,” katanya.

PENGUNJUNG boleh menikmati bayu laut dan bersiar-siar di pesisir Pantai Morib bersama keluarga atau sahabat handai.

Antara tarikan yang boleh dan sering diterokai pengunjung yang datang ke situ adalah Paya Indah Discovery Wetlands. Kawasan tanah lembap seluas 449 hektar ini berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan alam semula jadi dan santuari hidupan liar.

Kawasan itu diuruskan Gamuda Land menerusi perjanjian tiga pihak bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor, sekali gus membuka peluang kepada pengunjung untuk mengenali ekosistem air tawar serta hidupan liar tempatan.

Bagi pencinta alam, pengalaman meneroka kawasan tanah lembap ini menawarkan ruang untuk memerhati persekitaran semula jadi dan menghargai kepelbagaian hidupan yang terdapat di dalamnya.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengunjungi Wetlands Arboretum yang berkeluasan 36 hektar, taman tema air SplashMania dan Discovery Park.

Sementara itu, Pantai Morib merupakan antara tarikan pelancong paling popular di situ.

PAYA Indah Discovery Wetlands berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan alam semula jadi dan santuari hidupan liar.

Pengunjung boleh menikmati bayu laut, bersiar-siar di pesisir pantai atau meluangkan masa bersama keluarga di kawasan rekreasi. Terdapat juga gerai makanan di sekitar pantai yang melengkapkan kunjungan.

Bagi yang sukakan aktiviti luar (outdoor), Bukit Jugra pula menawarkan pemandangan kawasan sekitar yang memukau, menjadikan kunjungan ke situ sebagai satu pengalaman berbeza melalui aktiviti paralayang. Kawasan itu turut mempunyai nilai sejarah kerana Bukit Jugra pernah menjadi pusat pentadbiran diraja Selangor.

Buat mereka yang mungkin mencari penginapan sesuai di kawasan berhampiran, pilihan penginapan di kawasan itu turut berkembang dengan kemunculan ASAI Gamuda Cove, hotel pertama yang memperkenalkan model

ASAI Tropical yang diperluas oleh Dusit untuk destinasi berteraskan alam semula jadi.

Terletak kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hotel itu membawa pendekatan hospitaliti yang menggalakkan tetamu mendekati destinasi melalui pengalaman tempatan dan hubungan sosial yang bermakna.

Menurut Pengurus Besar ASAI Gamuda Cove, Bob Yusof, kemunculan pembangunan baharu itu memberi tumpuan kepada usaha menghubungkan pengunjung dengan destinasi.

“ASAI sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menghubungkan tetamu dengan karakter sesebuah destinasi.

“Di Gamuda Cove, falsafah itu diterjemahkan dalam persekitaran yang berteraskan alam semula jadi, apabila kawasan tanah lembap, aktiviti luar dan destinasi sekitarnya menjadi sebahagian daripada pengalaman penginapan,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan itu mengekalkan ciri ASAI yang santai, mesra dan berorientasikan pengalaman, di samping menawarkan kelainan berbanding hotel mereka di kawasan bandar.

Dengan kepelbagaian landskap semula jadi dan tarikan rekreasi yang ditawarkan, Kuala Langat memperlihatkan sisi Selangor yang berbeza daripada hiruk-pikuk bandar.

Keindahan kawasan tanah lembap dan ruang terbuka di daerah itu bukan sahaja memberikan peluang untuk berehat, malah mengingatkan pengunjung tentang kepentingan memelihara alam sekitar agar terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

The post Kuala Langat tawar keindahan alam appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 10:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 10:16 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kuala Langat tawar keindahan alam
Kosmo!NewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.