
Kutipan derma kemanusiaan Gaza disalah guna biaya pengganasan di Indonesia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesan ada pihak mengumpul dana yang kononnya bertujuan membantu mangsa perang di palestin tetapi sebenarnya disalurkan bagi membiayai kegiatan pengganas di sini. (Berita Harian, 15:21)
Read the reporting
1 report
Kutipan derma kemanusiaan Gaza disalah guna biaya pengganasan di Indonesia
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesan ada pihak mengumpul dana yang kononnya bertujuan membantu mangsa perang di palestin tetapi sebenarnya disalurkan bagi membiayai kegiatan pengganas di sini.
Sikap pemurah rakyat Indonesia dan semangat perpaduan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat konflik di Gaza kini dieksploitasi pihak tertentu.
Ketua Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Eddy Hartono, berkata pihak berkuasa mengesan beberapa kes pembiayaan pengganasan seumpamanya.
Mereka berselindung di sebalik pertubuhan bukan mencari keuntungan, yayasan kebajikan, wadah kutipan derma awam dan kempen mengumpul dana menerusi media sosial.
Antaranya termasuk kempen yang mendakwa mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa konflik Palestin di Gaza atau mangsa bencana alam.
"Saya tidak bermaksud usaha membantu mangsa bencana atau perjuangan Palestin itu bermasalah, tetapi kegiatan mengumpul derma seperti ini boleh disalahgunakan.
"Ada pihak yang menjadikannya sebagai kedok (bersembunyi) untuk kegiatan tertentu dan terdapat petunjuk bahawa perkara itu berlaku," kata Eddy kepada wartawan di luar majlis pelancaran tiga buku mengenai pembiayaan pengganasan baru-baru ini.
Siri buku bertajuk, 'Trilogi Pendanaan Terorisme' itu ditulis tiga anggota pasukan antipengganasan Indonesia, Densus 88, iaitu ketuanya yang baru dilantik, Ami Prindani; Ketua Pasukan Petugas Kalimantan Barat, I Made Wisnu Wardhana; dan penganalisis risikan, Daniel Saragih.
Ketiga-tiga buku itu mengupas pembiayaan pengganasan daripada tiga sudut yang saling berkaitan, iaitu perubahan kaedah pembiayaan, faktor yang membolehkan kegiatan itu berlaku dan kemungkinan perubahan ancaman pada masa depan.
Wardhana berkata kecenderungan rakyat Indonesia untuk menderma selaras dengan reputasi negara itu sebagai antara masyarakat paling pemurah di dunia.
Namun, beliau berkata ramai penderma mungkin tidak mengambil langkah untuk menyemak latar belakang atau kesahihan pertubuhan yang menerima sumbangan mereka.
Menurut laporan Indeks Kemurahan Hati Dunia 2024 (World Giving Index 2024), Indonesia sekali lagi muncul sebagai negara paling pemurah di dunia, mengekalkan kedudukan itu buat kali ketujuh berturut-turut sejak pertama kali menduduki tempat teratas pada 2017.
Indonesia mencatat markah tertinggi sebanyak 74 daripada 100 mata, diikuti Kenya dengan 63 mata dan Singapura, 61 mata. Amerika Syarikat (AS) pula menduduki tempat keenam dengan 59 mata.
Menurut laporan itu, sembilan daripada setiap 10 rakyat Indonesia menyumbangkan wang kepada badan kebajikan, manakala lebih enam daripada setiap 10 orang meluangkan masa melakukan kerja sukarela.
Indonesia mencatat pencapaian tertinggi dunia bagi kedua-dua bentuk sumbangan itu.
Laporan tersebut turut menunjukkan Indonesia adalah satu daripada hanya dua ekonomi terbesar dunia, bersama AS yang tersenarai dalam kelompok 10 negara paling pemurah.
Wardhana menegaskan, penderma tidak boleh anggap tanggungjawab mereka berakhir sebaik sahaja wang diserahkan kepada pertubuhan atau pihak yang menjalankan kutipan.
"Sebaliknya, mereka perlu mengambil langkah untuk memastikan kesahihan penerima sumbangan dan mengetahui bagaimana wang itu akan digunakan. Ini adalah tanggungjawab penderma," katanya. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.