
Langkah bersejarah sistem penjurian FFM35
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Langkah bersejarah sistem penjurian FFM35 (Harian Metro, 06:58)
Read the reporting
1 report
Langkah bersejarah sistem penjurian FFM35
syafil.syazwan@hmetro.com.my
FESTIVAL Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) bakal melakar sejarah tersendiri apabila memperkenalkan kaedah penjurian baharu bagi menentukan juara keseluruhan dalam kalangan lima calon terbaik (Top 5) untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
Pembaharuan berani itu menyaksikan pembabitan barisan pemenang edisi terdahulu yang akan berganding bahu bersama panel juri profesional anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac berkata, perubahan drastik itu diambil selepas pihaknya mengumpul serta memproses pelbagai pandangan, aduan dan respons daripada warga industri sinema tanah air berhubung penganjuran sebelum ini.
Menurutnya, langkah berterusan itu membuktikan FINAS sentiasa peka dan komited dalam memenuhi cita rasa serta kehendak penggiat seni tempatan.
"Selepas tamat setiap edisi FFM, kami akan duduk berbincang bersama barisan ahli perbadanan bagi menilai keperluan industri, termasuk meneliti aduan dan input yang diterima.
"Kami dengar suara dan hasrat mereka. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan keperluan industri ini dipenuhi.
"Walaupun khidmat juri profesional kekal diguna pakai bagi penentuan pemenang akhir dalam kalangan Top 5, kita membawa masuk pemenang lalu untuk menilai kualiti filem, mutu lakonan serta lakon layar yang bertanding," katanya.
Hans berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 FFM35 yang disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Menara FINAS, Damansara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Hans berkata, FINAS turut meneruskan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta khusus buat pemenang kategori Filem Terbaik sebagai suntikan semangat menghasilkan karya bermutu tinggi.
"Jika sesebuah karya itu terbukti cemerlang, maka tiada alasan untuk FINAS atau Kementerian Komunikasi tidak menyokongnya. Usaha mereka perlu diteruskan.
"Bagi pengarah dan penerbit lain, mereka masih boleh membuat permohonan dana lain yang disediakan pihak kami dan kementerian," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menjelaskan, format penjurian edisi kali ini dibahagikan kepada dua fasa utama.
Fasa pertama menyaksikan pemilihan Top 5 oleh juri profesional, manakala fasa kedua babitkan 50 juri termasuk pemenang edisi lalu bagi menentukan pemilik trofi utama.
"Tempoh lebih sebulan sebelum malam kemuncak akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan akses filem bertanding kepada 50 juri yang dipilih mengikut tugasan masing-masing," katanya.
Mengangkat tema Spektrum Sinema, FFM35 menerima 73 penyertaan merangkumi 39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek bagi merebut juara bagi 25 kategori.
Penganjuran kali ini turut menyelitkan program khas Tribute: Penghargaan kepada Tokoh Perfileman Veteran Negara di Studio Sound Stage FINAS, Hulu Kelang.
Tayangan filem Tuan Badul pada 4 November ini dikhususkan buat meraikan AR Badul dan Norlia Ghani, manakala Bayangan Maut pada 5 November pula untuk Datuk Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
Selain itu, karya yang bertanding bakal ditayangkan kepada umum di GSC Mid Valley bermula 16 hingga 20 November ini.
Mengenai ganjaran, pemenang 28 kategori bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beeserta trofi, manakala Anugerah Khas Karyawan dan Anugerah Khas Sepanjang Zaman masing-masing menerima RM10,000 dan trofi.
Persaingan FFM35 kali ini menyaksikan dua naskhah seram, Khadam dan Malam Terlarang mendominasi carta selepas meraih 12 pencalonan.
Malam Terlarang terbitan Astro Shaw dan Infinitus Productions bersaing dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik (Allahyarham Nurhanisham Muhammad/Labu), Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Datin Sofia Jane) dan Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul).
Filem ini turut tercalon dalam tujuh kategori teknikal lain.
Manakala, Khadam terbitan Redfilms dan Komet Productions pula bersaing rapat bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Shamyl Othman), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik serta lapan kategori teknikal.
Tidak ketinggalan, filem aksi arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven turut memberi saingan sengit dengan 10 pencalonan.
Kategori Pelakon Lelaki Terbaik menyaksikan pertembungan lima nama hebat iaitu Shaheizy Sam (Badak), Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).
Manakala trofi Pelakon Wanita Terbaik menjadi rebutan Shasha Abedul (Malam Terlarang), Aida Amron (Badak), Fish Liew (Payane For An Infant), Nad Zainal (Denu) dan Mimi Lana (Polong).
Malam kemuncak FFM35 bakal bersiaran secara langsung di saluran TV2 RTM dari Istana Budaya pada 21 November depan, menampilkan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson sebagai pengacara utama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.