Malaysian Attention Engine
Live wire
51Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran50General : Disaster Preparedness Helps Reduce Property Losses - Ahmad Zahid50Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy47World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport44Akmal Saleh desak Eric See-To mohon maaf persenda perkataan ‘Lighad'44General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings44PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi42Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok42General : Haze: M'sia Still Awaiting Indonesia's Response To Firefighting Aid Offer - DPM Zahid41Give Umno one-third of seats in PAS-held states, says Nur Jazlan41Firefly cancels Subang-Seletar flights over haze concerns40Padang, Indonesia dilanda banjir, ratusan isi rumah terjejas
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lapan orang utan terselamat, dilepas ke hutan perlindungan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 15:02 MYTLatest activity 11 Oct, 15:02BMconfidence 60%

What happened

Jakarta: Lapan orang utan yang diselamatkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini daripada kebakaran yang memusnahkan kawasan di Pulau Borneo dilepaskan ke sebuah hutan perlindungan, menurut pihak berkuasa Indonesia dan pasukan penyelamat pada Ahad. (Harian Metro, 15:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Lapan orang utan terselamat, dilepas ke hutan perlindungan

By AFP · 11 Oct, 15:02 MYT

Jakarta: Lapan orang utan yang diselamatkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini daripada kebakaran yang memusnahkan kawasan di Pulau Borneo dilepaskan ke sebuah hutan perlindungan, menurut pihak berkuasa Indonesia dan pasukan penyelamat pada Ahad.

Beruk berkenaan diselamatkan dari beberapa lokasi yang musnah akibat kebakaran, kebanyakannya kawasan ladang berhampiran habitat hutan mereka, di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, bulan lalu, menurut kenyataan Kementerian Perhutanan dan yayasan pemulihan hidupan liar YIARI.

Orang utan berkenaan, terdiri daripada tiga pasangan ibu dan anak serta dua jantan remaja, dipindahkan pada Jumaat ke Hutan Lindung Batu Nyambu di Kalimantan Barat, sebuah kawasan perlindungan seluas 23,000 hektar yang merangkumi hutan primer dan sekunder.

Ketua Pegawai Eksekutif YIARI, Karmele Llano Sanchez berkata, pemindahan haiwan itu ke lokasi baharu adalah "langkah yang perlu" apabila habitat mereka tidak lagi selamat.

"Perlindungan habitat akan sentiasa menjadi keutamaan bagi memastikan orang utan terus mempunyai hutan yang selamat untuk didiami. Namun, selagi habitat mereka masih terancam, usaha menyelamatkan haiwan ini adalah antara pilihan terbaik yang boleh dilakukan bagi membantu mereka terus hidup," katanya.

Pengarah operasi YIARI, Argitoe Ranting berkata, kawasan perlindungan itu dipilih kerana mempunyai sumber makanan dan air serta bersambung dengan kawasan hutan lain.

"Kami mahu memastikan orang utan yang diselamatkan bukan sekadar dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain, sebaliknya benar-benar berpeluang untuk hidup dalam habitat semula jadi mereka," katanya.

Ketua agensi sumber asli tempatan, Murlan Dameria Pane berkata, pihak berkuasa Indonesia bersama YIARI menyelamatkan 46 orang utan daripada ancaman kebakaran antara Ogos hingga 9 Oktober.

Orang utan dikategorikan sebagai spesies terancam kritikal, dengan kira-kira 104,000 ekor masih hidup di Borneo dan Sumatera, berbanding lebih 230,000 ekor seabad lalu, menurut kumpulan pemuliharaan WWF.

Bulan lalu, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) memberi amaran bahawa kebakaran berlaku di habitat yang menempatkan 52 peratus populasi orang utan di Borneo.

Indonesia kerap berdepan kebakaran hutan ketika musim kering, namun kebakaran tahun ini semakin buruk akibat fenomena cuaca El Niño yang dijangka menjadi antara paling kuat sejak rekod perbandingan mula dibuat empat dekad lalu.

Pakar turut menuding amalan pembersihan tanah menggunakan kaedah tebang dan bakar yang mengubah landskap semula jadi, yang sebelum ini lebih tahan terhadap kebakaran.

Kebakaran itu menyebabkan jerebu teruk di kawasan tempatan, dengan puluhan ribu kes penyakit berkaitan pernafasan dilaporkan, selain mencetuskan peningkatan pencemaran udara serantau di Singapura dan Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:00
Latest 17:07 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 15:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Lapan orang utan terselamat, dilepas ke hutan perlindungan · Malaysian Attention Engine