Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud45‘Mahkamah sampai dapat ganti rugi’ – Ruhainies jawab fitnah ‘sugar daddy’45Gantung seumur hidup lesen pemandu mabuk, khayal dadah - CAP44Business : Modenas Eyes Egypt As Export Hub For Africa, Middle East By 202841Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739Eight-metre-deep sinkhole forces closure of Gua Musang-Kota Bharu road39Polis India tahan puluhan penunjuk perasaan36Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan36World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra36World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix35Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik
NewConfirmedupdated 3 h ago

LCS ‘better than nothing’ despite prolonged delays, say experts

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 08:30 MYTLatest activity 11 Oct, 08:30ENBMconfidence 84%

What happened

A cross-service, cross-ministry procurement committee overseeing defence asset purchases would ensure decisions are not left in the hands of a single individual, says an expert. (Bernama pic) PETALING JAYA: The controversial littoral combat ship (LCS) project will still provide the navy with important and relevant assets despite repeated delays in the ships’ handover, say defence analysts. (Free Malaysia Today, 08:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·3 min read

Walaupun tertangguh, LCS ‘lebih baik daripada tiada langsung’, kata pakar

By Nicholas Chung · 11 Oct, 08:30 MYT

Menurut pakar, penubuhan jawatankuasa perolehan yang melibatkan pelbagai cabang perkhidmatan dan kementerian bagi memantau pembelian aset pertahanan, dapat memastikan keputusan tidak dibuat oleh seorang individu sahaja. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Projek kapal tempur pesisir (LCS) yang kontroversi masih akan menyediakan aset penting dan relevan kepada tentera laut meskipun penyerahan kapal berulang kali tertangguh, kata penganalisis pertahanan.

Walaupun ada pihak berpendapat kapal berkenaan mungkin sudah ketinggalan zaman ketika diserahkan, penganalisis pertahanan Lam Choong Wah dan Salawati Mat Basir menegaskan bahawa LCS masih mampu meningkatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan ketara.

Lam Choong Wah. Lam dari Universiti Malaya mengakui sistem pengurusan, sistem pemantauan dan platform persenjataan kapal itu mungkin ketinggalan dari segi teknologi apabila mula beroperasi.

“Bagaimanapun, berdasarkan definisinya, ini bukan projek ‘gajah putih’ yang tidak menghasilkan apa-apa,” katanya sambil menambah bahawa LCS masih akan meningkatkan keupayaan tentera laut dengan ketara.

“Jadi, ia masih lebih baik daripada tiada langsung,” katanya kepada FMT.

Salawati Mat Basir. Salawati, pakar hal ehwal maritim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata projek LCS masih amat diperlukan oleh TLDM.

“Ya, ia agak ketinggalan dalam sesetengah aspek, tetapi kita tiada pilihan.”

Projek LCS yang pada asalnya menelan kos RM9 bilion itu disifatkan sebagai perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Malaysia. Kelewatan dan peningkatan kos menyebabkan perbelanjaannya melonjak kepada RM11.22 bilion, meskipun jumlah kapal yang akan diserahkan dikurangkan daripada enam kepada lima.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan pada 5 Okt menyatakan kapal LCS pertama (LCS 1) mungkin hanya beroperasi sepenuhnya pada Disember 2035, bagaimanapun Menteri Pertahanan Khaled Nordin mempertikaikan unjuran itu.

Audit itu turut mendapati bahawa sehingga 25 Jun, keseluruhan projek LCS bagi kelima-lima kapal ketinggalan 7.55% daripada jadual, dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari.

‘Kita perlukan RCI’

Lam turut menyokong gesaan supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat projek bermasalah itu, dengan berkata terdapat banyak dokumen sensitif yang tidak dapat diakses walaupun oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Selain itu, RCI boleh mengesyorkan pembaharuan dasar dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kemajuan pada masa depan, perolehan pertahanan Malaysia perlu dilaksanakan dengan ketelusan dan pengawasan yang lebih tinggi, iaitu dua elemen yang amat kurang diberi perhatian selama beberapa dekad.

Lam berkata isu yang timbul dalam projek LCS bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sudah menjadi kebiasaan.

Walaupun ada pihak berpendapat perolehan pertahanan perlu dirahsiakan kerana sifatnya yang sensitif, beliau berkata negara lain telah mengutamakan pembaharuan bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Katanya, langkah pertama ke arah ketelusan adalah dengan menyenaraikan perolehan pertahanan utama dalam belanjawan persekutuan tahunan, manakala semua perolehan bernilai lebih RM100 juta perlu secara automatik diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

“Pengawasan berterusan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan jawatankuasa pilihan keselamatan Parlimen perlu diwajibkan secara automatik bagi semua perolehan pertahanan bernilai lebih RM100 juta,” katanya.

Salawati berkata masalah berulang dalam pembelian aset pertahanan adalah berkaitan dengan amalan rundingan terus atas alasan keselamatan negara, yang menyebabkan penelitian rapi oleh orang awam dan Parlimen diketepikan.

Beliau menggesa penubuhan jawatankuasa perolehan yang melibatkan pelbagai cabang perkhidmatan dan kementerian untuk mengawasi pembelian aset pertahanan. Katanya, mekanisme itu dapat memastikan keputusan tidak hanya terletak di tangan seorang individu.

“Perolehan antarabangsa melalui tender terbuka juga perlu dilaksanakan supaya tiada pihak yang dapat mengambil komisen daripada kontrak,” katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:13 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
11 Oct, 08:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    08:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

LCS ‘better than nothing’ despite prolonged delays, say experts · Malaysian Attention Engine