
Lelaki buka kawat berduri untuk masuk Malaysia selepas bercuti dari Thailand ditahan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RANTAU PANJANG: Tindakan seorang lelaki membuka membuka kawat berduri untuk memasuki Malaysia melalui pangkalan haram Azizah di sini selepas bercuti dari Thailand membawa padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), malam tadi. (Utusan Malaysia, 09:38)
Read the reporting
1 report
Lelaki buka kawat berduri untuk masuk Malaysia selepas bercuti dari Thailand ditahan
RANTAU PANJANG: Tindakan seorang lelaki membuka membuka kawat berduri untuk memasuki Malaysia melalui pangkalan haram Azizah di sini selepas bercuti dari Thailand membawa padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), malam tadi.
Lelaki berusia 56 tahun dari Jerteh, Terengganu itu ditahan pada pukul 6.50 petang selepas PGA mengesan perbuatan tersebut.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa melalukan rondaan rutin anggota bertugas mengesan kelibat seorang lelaki menaiki perahu dari arah Thailand menghampiri tebing sungai pangkalan haram tersebut.
Katanya, lelaki berkenaan dilihat membuka kawat berduri sebelum memasuki Malaysia.
“Bagaimanapun, pengemudi pemandu perahu bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Radzi memberitahu, serbuan kedua di pangkalan haram Pok Su Rani, pihaknya telah menahan seorang lelaki dari Kota Bharu selepas memasuki Malaysia menggunakan laluan tidak sah.
Katanya, lelaki berkenaan memaklumkan dia ke negara itu untuk melawat ahli keluarga yang sakit.
“Kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN
The post Lelaki buka kawat berduri untuk masuk Malaysia selepas bercuti dari Thailand ditahan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.