
Lelaki ditahan didakwa rogol remaja dikenali menerusi Telegram
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lelaki ditahan didakwa rogol remaja dikenali menerusi Telegram (Harian Metro, 12:01)
Read the reporting
1 report
Lelaki ditahan didakwa rogol remaja dikenali menerusi Telegram
am@hmetro.com.my
Tawau: Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun, semalam bagi membantu siasatan dakwaan rogol remaja perempuan berusia 15 tahun pada 4 Oktober lalu.
Penahanan pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa kejadian berlaku di Bandar Sri Indah, di sini.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk permohonan reman. Majistret Dayang Aidaku Amirah Aminuddin kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari sehingga 16 Oktober.
Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dibawa suspek yang dikenali di aplikasi Telegram menaiki kereta Proton Saga ke kawasan belakang sebuah pasar raya di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, di sini kira-kira 4 petang .
Mangsa dilaporkan pertama kali bertemu lelaki berkenaan ketika kejadian itu berlaku.
Ketika berada di dalam kenderaan, suspek didakwa melakukan perbuatan terlarang berkenaan dan mangsa yang masih bersekolah memaklumkan perkara itu kepada ibunya dua hari kemudian.
Keluarga kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan yang membawa kepada penahanan suspek pada 9.30 malam tadi.
Difahamkan, polis merampas telefon bimbit milik suspek dan kereta yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.