Malaysian Attention Engine
Live wire
47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi43World : Paris Police Issue Overnight Curfew In 2 Areas To Prevent Further Disorder42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja40Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF3912 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Putin lulus rombakan kerajaan Russia38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals38Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis36Business : GDB Unit Secures RM118.99 Mln Sarawak Flood Forecasting Programme Subcontract35Japan to launch historic round-trip mission to Mars moon34Beijing’s population expected to become super-aged by 2035
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lepas rindu anak di rumah dengan pemasangan CCTV

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 06:03 MYTLatest activity 20 Oct, 06:03BMconfidence 60%

What happened

Lepas rindu anak di rumah dengan pemasangan CCTV (Harian Metro, 06:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Lepas rindu anak di rumah dengan pemasangan CCTV

By Ridzuan Abdul Rahman · 20 Oct, 06:03 MYT

mohamadridzuan@hmetro.com.my

LIMA bulan berehat daripada dunia lakonan selepas melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Eyka Farhana mula kembali mengatur langkah menerusi telefilem Gerimis Senja untuk TV3.

Kepulangan itu bukan sekadar mengubati kerinduan terhadap lokasi penggambaran, malah membuka lembaran baharu buat Eyka dalam mengimbangi kerjaya yang diminati dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada Muhammad Luay Khayr.

Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata keputusan ini diambil selepas berasa dirinya sudah bersedia untuk meninggalkan anak buat sementara waktu.

"Saya bersyukur dikurniakan suami (Akhyar Rashid, 27) yang memahami minat saya. Dalam masa sama, saya dapat bantuan ibu dalam menguruskan bayi ketika saya sibuk dengan komitmen kerja.

"Gerimis Senja adalah telefilem pertama saya selepas berehat. Penggambaran terakhir saya adalah ketika kandungan berusia empat bulan.

"Sekarang anak pun sudah berusia lima bulan, jadi saya rasa inilah masa yang sesuai untuk kembali bekerja.

"Sudah tentu saya sentiasa rindukan anak, tetapi saya juga rindukan suasana penggambaran dan kehidupan bekerja seperti dilalui sebelum ini. Minat saya dalam lakonan tak pernah padam," katanya.

Sebagai cara melepas rindu, setiap kali berada di set penggambaran, Eyka akan sentiasa memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat keadaan anak sulungnya.

"Alhamdulillah, ibu saya ada membantu menjaganya, jadi tidaklah terlalu risau. Setiap ibu ada perjalanan sendiri untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bersalin

"Lima bulan berehat memberikan ruang untuk saya memulihkan diri dan membiasakan diri dengan rutin baharu. Sekarang setiap perancangan perlu ambil kira keperluan anak dan masa bersama suami.

"Saya bertuah kerana Akhyar yang kini bermain dengan pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC turut membantu. Jadual latihan dia petang dan waktu pagi dia ada di rumah," katanya.

Paling melegakan Eyka apabila Akhyar memainkan peranan membuat susu dan menukar lampin bayi pada tengah malam sekali gus membolehkan dia mendapat rehat secukupnya.

"Selepas balik kerja, saya akan luangkan masa dengan anak. Kadang kala kalau balik lewat, sekitar jam 12 tengah malam, anak memang tunggu saya balik sebelum tidur sampai pagi, melainkan dia nak menyusu.

"Sekarang saya bekerja dengan pengarah Wan Cromox dan dia memahami apabila penggambaran tamat tidak terlalu lewat malam," katanya.

Bercerita mengenai naskhah dan watak, Eyka kini mengambil kira kesesuaian jadual, selain memastikan jalan cerita dan karakter menarik.

"Saya tak nak bekerja sekadar memenuhi kalendar, sebaliknya mahu setiap projek memberikan kepuasan serta ruang untuk mengembangkan bakat.

"Menerusi Gerimis Senja, saya berpeluang meneroka karakter berbeza. Watak yang mencabar memberikan ruang untuk menguji kemampuan lakonan.

"Pada masa sama, ia membolehkan saya keluar daripada kebiasaan dan mencuba sesuatu yang baharu dalam profil lakonan saya," katanya.

Pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 ini juga terbuka menerima pelbagai tawaran termasuk watak ibu, wanita lasak mahupun gadis remaja.

"Saya tak nak status sebagai ibu mengehadkan peluang membawa karakter tertentu selagi masih mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit.

"Kalau cerita itu menarik, saya sanggup meluangkan masa untuk bekerja. Sebagai pelakon, saya memang mahukan cerita dan karakter yang bagus.

"Cuma semuanya bergantung pada masa juga. Kalau saya rasa bulan itu anak lebih memerlukan saya, saya akan pertimbangkan keadaan itu terlebih dahulu," katanya.

Selepas selesai penggambaran Gerimis Senja, Eyka akan kembali memenuhi komitmen kempen dan beberapa acara, sementara menanti beberapa tawaran lain yang masih dalam perbincangan.

"Selain lakonan, saya turut meminati dunia fesyen. Namun, saya belum bercadang untuk menceburi bidang perniagaan kerana belum tiba masa yang sesuai.

"Keputusan untuk berniaga tak boleh dibuat hanya kerana tengok ramai selebriti lain berjaya menjana pendapatan menerusi produk atau perniagaan sendiri.

"Buat masa ini, saya belum bercadang nak buat bisnes. Kalau saya buat terlalu banyak perkara dalam satu masa, mungkin masa untuk anak akan berkurangan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:0008:00
Latest 08:11 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 06:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.