
Lima bulan cari penghayatan, Hadie Elfardie risau penerimaan single sulung
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Hadie Elfardie, mengakui bimbang dengan penerimaan pendengar terhadap single sulungnya, Dusta Sebuah Cinta. (Utusan Malaysia, 19:06)
Read the reporting
1 report
Lima bulan cari penghayatan, Hadie Elfardie risau penerimaan single sulung
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Hadie Elfardie, mengakui bimbang dengan penerimaan pendengar terhadap single sulungnya, Dusta Sebuah Cinta.
Sebagai penyanyi baharu, Hadie berharap diberi peluang untuk membuktikan kebolehannya, namun bersedia bekerja lebih keras sekiranya percubaan pertamanya itu belum mendapat sambutan yang diharapkan.
Menurut bekas peserta program Talk To My Manager musim pertama itu, kurang keyakinan pada peringkat awal menyebabkan dia mengambil masa sehingga lima bulan untuk mencari penghayatan yang sesuai sebelum merakamkan lagu berkenaan.
“Pada awalnya, antara cabaran saya adalah memerlukan masa yang agak lama untuk mencari penghayatan sebelum merakamkan lagu ini.
“Bagi saya, lambat atau cepat bukan perkara yang harus menjadi persoalan. Sebagai pendatang baharu, penting untuk saya memberikan tanggapan pertama yang baik kepada pendengar kerana saya mahu menceburi bidang ini secara serius,” katanya.
Lagu ciptaan Jaja Ishak itu berkisarkan percintaan yang tidak kesampaian, dengan mesej positif di sebalik kegagalan sebuah hubungan.
Hadie yang juga anak sulung kepada Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim berkata, meskipun tidak mengikuti kelas vokal, dia percaya latihan berterusan mampu membantunya menyampaikan lagu itu dengan baik.
Menurutnya, pengalaman berlatih bersama arwah bapanya menjadi panduan dalam usaha memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Dahulu, saya boleh berkongsi pengalaman dalam bidang nyanyian dengan ayah dan berlatih bersama. Kini, saya perlu melakukan semuanya sendiri.
“Saya ada juga bertanya kepada ibu bagaimana ayah berlatih menyanyi dahulu. Menurut ibu, arwah ayah banyak berlatih bersendirian,” katanya.
The post Lima bulan cari penghayatan, Hadie Elfardie risau penerimaan single sulung appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.