
Mahasiswa patut terus diberi ruang bersuara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Universiti Malaya (UM) kepada mahasiswanya menerusi program iFuture 2026 pastinya diterima baik oleh sebahagian besar masyarakat di negara ini. (Free Malaysia Today, 14:30)
Read the reporting
1 report
Mahasiswa patut terus diberi ruang bersuara
Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Universiti Malaya (UM) kepada mahasiswanya menerusi program iFuture 2026 pastinya diterima baik oleh sebahagian besar masyarakat di negara ini.
Perkembangan berlaku ketika kerajaan dalam proses memansuhkan sepenuhnya Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 yang membendung pelajar menyuarakan pandangan mereka dan terikat dengan peraturan tertentu.
Bahkan program iFuture itu sendiri merupakan wadah terbuka pertama yang memberi ruang kepada pelajar universiti memberi pandangan tanpa rasa takut.
Program tersebut adalah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan seharusnya diadakan dengan lebih meluas meliputi universiti awam yang lain.
Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak, iaitu pentadbir universiti dan pelajar, untuk berinteraksi dengan cara yang lebih bebas dan terbuka.
Platform seperti iFuture itu diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, yang menjadi wadah penting bagi komunikasi dua hala antara mahasiswa dengan kepimpinan universiti dan kerajaan.
Ketika menyorot isu semasa pada sesi soal jawab dengan dua pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi, pelajar berkenaan memaparkan kenyataan lantang mengenai skandal Lembaga Tabung Haji dan kutipan derma bagi bekas perdana menteri Najib Razak.
Hanya segelintir ahli politik sahaja yang marah apabila mahasiswa berkenaan, Ummi Umairah Bakhit, menyuarakan pandangan beliau mengenai kutipan sumbangan untuk Najib yang perlu membayar RM50 juta bagi menjalani hukuman penjara di rumah.
Persoalan Ummi Umairah telah mendapat reaksi yang berbeza — tatkala masyarakat umum menyokongnya, timbul kemarahan dalam kalangan penyokong parti.
Persoalannya bukan sahaja mendapat tepukan pelajar lain yang hadir, malah mungkin merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan oleh kedua-dua ahli panel yang hadir.
Khairy yang selama ini begitu kritikal mengenai Umno pun hanya mampu memberi respons berunsur politik dan tidak ada jawapan khusus berkaitan kutipan sumbangan untuk Najib.
Di sebalik kegusaran segelintir ahli Umno, ia telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat umum yang berpendapat bahawa mahasiswa tersebut telah meluahkan kebimbangan terhadap gejala rasuah dan mempersoalkan bagaimana pemimpin masa depan seharusnya mengambil pendirian dalam isu berkenaan.
Namun UM mengambil pendirian yang jelas tentang isu ini. Naib Canselornya, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman, dengan tegasnya berkata UM sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan mereka.
UM juga, tambah beliau, tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mahasiswa berkenaan.
Noor Azuan berkata, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.
“Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari.”
Orang ramai menyanjung sikap UM yang terus komited untuk menjadi gedung ilmu terunggul yang melahirkan bakat terbaik negara, di samping membentuk sahsiah dan watak mahasiswa yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab.
Program yang dipelopori di UM itu sepatutnya diikuti oleh universiti awam yang lain, bagi menggalakkan pelajar memberi pandangan mengenai isu semasa.
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.