Malaysian Attention Engine
Live wire
46General : Cross-border Haze Expected To Ease Within Two Weeks - NRES42Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta4236 kawasan catat IPU tidak sihat, Segamat & Seremban tertinggi40Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja40Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah38Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee37Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore35Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia35Badi pusingan awal terus hantui Jun Hao35World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Mahkamah kekal pampasan RM402,000 kepada bekas pengurus sumber manusia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 17:28 MYTLatest activity 13 Oct, 17:28BMconfidence 60%

What happened

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Tasek Corporation Bhd dan memerintahkan syarikat itu membayar kos sebanyak RM30,000. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa tindakan pengeluar simen memberhentikan bekas pengurus sumber manusia kumpulannya bukan pemberhentian pekerja yang benar-benar disebabkan lebihan kakitangan. (Free Malaysia Today, 17:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·1 min read

Mahkamah kekal pampasan RM402,000 kepada bekas pengurus sumber manusia

By V Anbalagan · 13 Oct, 17:28 MYT

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Tasek Corporation Bhd dan memerintahkan syarikat itu membayar kos sebanyak RM30,000. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa tindakan pengeluar simen memberhentikan bekas pengurus sumber manusia kumpulannya bukan pemberhentian pekerja yang benar-benar disebabkan lebihan kakitangan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Azizul Azmi Adnan, Ong Chee Kwan dan Radzi Harun sebulat suara menolak rayuan Tasek Corporation Bhd serta memerintahkan syarikat itu membayar kos RM30,000.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Azizul berkata Mahkamah Tinggi tidak tersilap apabila memutuskan bahawa Tasek gagal membuktikan jawatan Cha Poh Onn benar-benar tidak lagi diperlukan akibat lebihan tenaga kerja.

Cha dipecat pada 2018 selepas Tasek mendakwa jawatannya tidak lagi diperlukan. Bagaimanapun, beliau berhujah bahawa fungsi sumber manusianya terus dilaksanakan pekerja lain selepas pemecatannya.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Tasek gagal membuktikan wujudnya lebihan tenaga kerja dan tindakan pemberhentian itu dibuat dengan niat tidak baik, yang pada hakikatnya digunakan untuk menyingkirkan Cha sedangkan tugasnya masih dilaksanakan.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman Cha, membatalkan award Mahkamah Perusahaan dan mengembalikan perkara itu kepada Mahkamah Perusahaan untuk menilai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepadanya.

Selepas perkara itu dikembalikan, Mahkamah Perusahaan menganugerahkan pampasan sebanyak RM402,172.46 kepada Cha.

Tasek kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, penolakan rayuan itu oleh Mahkamah Rayuan bermakna dapatan mahkamah terdahulu dan award pampasan berkenaan kekal berkuat kuasa.

Tasek boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan, tertakluk kepada kebenaran merayu diperoleh.

Neoh Jian Kiat dan Daphne Aw mewakili Tasek, manakala S Raam Kumar dan Norleena Jamal mewakili Cha.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow19:0020:00
Latest 20:02 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 17:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    17:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Mahkamah kekal pampasan RM402,000 kepada bekas pengurus sumber manusia · Malaysian Attention Engine