Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Makanan beku cair susulan serangan siber di Perancis

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:55 MYTLatest activity 18 Oct, 10:55BMconfidence 60%

What happened

Paris: Bayangkan pekerja pasar raya tiba pada awal pagi untuk mengisi stok, namun disambut bahang panas seperti membuka pintu ketuhar ketika memeriksa peti sejuk beku, lapor The Guardian. (Harian Metro, 10:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Makanan beku cair susulan serangan siber di Perancis

By Agensi · 18 Oct, 10:55 MYT

Paris: Bayangkan pekerja pasar raya tiba pada awal pagi untuk mengisi stok, namun disambut bahang panas seperti membuka pintu ketuhar ketika memeriksa peti sejuk beku, lapor The Guardian.

Itulah situasi luar biasa yang melanda sehingga 700 pasar raya di Perancis apabila penggodam memanipulasi sistem kawalan suhu menyebabkan ribuan peti sejuk beku, peti ais dan kabinet pendingin bertukar daripada suhu beku kepada kepanasan melampau.

Dalam serangan siber yang disifatkan ganjil dan belum pernah berlaku sebelum ini, suhu peralatan berkenaan dinaikkan daripada serendah minus 27 darjah Celsius kepada melebihi 50 darjah Celsius.

Malah, sebuah pasar raya di Normandy melaporkan suhu beberapa peti sejuk mencecah 80 darjah Celsius.

Akibatnya, makanan di dalam peralatan berkenaan mula mencair sebelum terdedah kepada haba selama empat hingga enam jam.

Di sesetengah pasar raya, kenaikan suhu melampau turut mencetuskan kebakaran sehingga mengaktifkan sistem pemercik air dan menyebabkan kerosakan akibat air.

Seorang pekerja pasar raya Intermarché di Issy-les-Moulineaux menyifatkan kejadian itu sebagai malapetaka apabila suhu peti sejuk beku di premis berkenaan dinaikkan sehingga 62 darjah Celsius menyebabkan semua barangan di dalamnya terpaksa dibuang.

Serangan itu didapati bukan insiden terpencil apabila sehingga 700 pasar raya termasuk rangkaian Intermarché, Coopérative U, Carrefour, Leclerc dan Monoprix serta beberapa kedai bebas dikenal pasti menjadi sasaran. Presiden Coopérative U, Dominique Schelcher berkata, 80 daripada 2,000 pasar raya milik syarikat itu turut terjejas.

Siasatan awal mendapati penggodam menceroboh alat kawalan suhu yang disambungkan ke internet termasuk peralatan keluaran syarikat Denmark, Danfoss. Mereka dipercayai melumpuhkan sistem penggera sebelum mengubah tetapan suhu atau memanjangkan kitaran nyahbeku selama beberapa jam bagi mengelakkan amaran diaktifkan.

Pakar keselamatan siber berkata, kelemahan sistem lama, perisian tegar yang tidak dikemas kini serta penggunaan kata laluan lalai mungkin memudahkan pencerobohan.

Danfoss memaklumkan unit penyejukan yang terjejas menggunakan perisian tegar lapuk meskipun syarikat itu sudah lama mengesyorkan pelanggan memasang kemas kini atau menggantikan sistem yang tidak lagi disokong.

Rakan kongsi syarikat keselamatan siber dan teknologi Wavestone, Gérôme Billois berkata, serangan itu mempunyai ciri sabotaj politik yang mungkin bertujuan menimbulkan ketakutan dan memberi gambaran bahawa keselamatan awam tidak terjamin.

Beliau mengemukakan beberapa kemungkinan termasuk tindakan sekumpulan anak muda atau aktivis yang mahu membuktikan kemampuan mereka atau serangan pihak dalaman atau asing untuk mencetuskan ketidakstabilan.

Pejabat pendakwa raya Paris membuka siasatan berhubung serangan itu, namun setakat ini tiada individu atau kumpulan mengaku bertanggungjawab. Billois berkata, usaha mengenal pasti penggodam mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan kerana mereka berkemungkinan mempunyai keupayaan menyembunyikan jejak digital terutama jika serangan dilakukan secara profesional atau dari negara asing.

Insiden itu mengingatkan kepada kejadian serupa di Amerika Syarikat pada Ogos lalu apabila peti ais dan peti sejuk beku di lapan kedai makanan tentera di dalam pangkalan mengalami kitaran nyahbeku tanpa dijadualkan pada sebelah malam, mengakibatkan kerugian akibat makanan rosak.

Di Perancis, serangan siber sebelum ini turut menyasarkan sistem kesihatan, agensi pencari kerja kendalian kerajaan France Travail, Agensi Kebangsaan untuk Dokumen Identiti serta beberapa syarikat telekomunikasi utama.

Pada musim panas ini, Kementerian Ekonomi dan Kewangan Negara itu kehilangan rekod peribadi serta fiskal milik 678,000 pembayar cukai susulan beberapa serangan siber.

Jumlah kerugian akibat serangan terhadap pasar raya itu masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Intermarché, Thierry Cotillard berkata, kerugian boleh mencecah puluhan juta euro bersamaan ratusan juta ringgit.

Billois menyifatkan kejadian itu sebagai amaran bahawa peralatan yang disambungkan ke internet tanpa perlindungan keselamatan mencukupi terdedah kepada pencerobahan dan sabotaj dengan kesannya bukan sahaja mengganggu operasi malah, menyebabkan kemusnahan stok makanan dan kerugian besar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:00
Latest 11:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 10:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.