
Malaysia berdepan risiko putus bekalan ubat, lebih 60 peratus produk diimport
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko gangguan bekalan ubat apabila 61.24 peratus pasaran farmaseutikal negara mengikut nilai pada 2025 terdiri daripada produk import, menurut MBSB Research. (Berita Harian, 18:15)
Read the reporting
1 report
Malaysia berdepan risiko putus bekalan ubat, lebih 60 peratus produk diimport
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko gangguan bekalan ubat apabila 61.24 peratus pasaran farmaseutikal negara mengikut nilai pada 2025 terdiri daripada produk import, menurut MBSB Research.
Dalam nota penyelidikan sektor kesihatannya, bahagian penyelidikan MBSB Investment Bank itu itu berkata, tahap keseluruhan kebergantungan terhadap sumber asing bagi produk siap dan bahan farmaseutikal aktif (API) dianggarkan kira-kira 80 peratus.
Nilai import farmaseutikal Malaysia dilaporkan meningkat daripada antara RM3.5 bilion hingga RM4.5 bilion pada 2015 kepada RM12 bilion pada 2025.
China dan India dikenal pasti sebagai sumber utama dengan membekalkan antara 80 hingga 85 peratus API sintetik pukal, bahan permulaan serta serbuk generik kompleks.
MBSB Research berkata, kebergantungan tinggi itu mendedahkan sistem kesihatan negara kepada gangguan logistik antarabangsa, konflik geopolitik dan kekurangan bahan mentah.
Katanya, ketegangan geopolitik dan kesesakan laluan perkapalan tahun ini mendorong kenaikan harga ubat import serta API sehingga 50 peratus.
Laporan itu merumuskan keadaan berkenaan sebagai "Akses tanpa keselamatan membentuk sistem yang rapuh."
Pengilang tempatan turut berdepan risiko kerana operasi mereka masih bergantung pada API import walaupun tablet, sirap dan ubat suntikan generik dihasilkan di dalam negara.
Tekanan terhadap bekalan dijangka meningkat apabila Malaysia menuju status negara menua menjelang 2036, serentak dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit.
Antara penyakit berkenaan ialah diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan gangguan neurodegeneratif.
Perubahan demografi itu dijangka mewujudkan permintaan berterusan terhadap ubat penyelenggaraan, biologik, biosimilar dan terapi khusus.
MBSB Research mentakrifkan keselamatan ubat sebagai "sistem berdaya tahan yang memastikan ubat yang betul sampai kepada pesakit yang betul pada masa yang betul hari ini dan pada masa depan."
Katanya, kerangka keselamatan ubat merangkumi aspek ketersediaan, kemampuan harga, kualiti, keselamatan, kelestarian dan daya tahan bekalan.
Bagi memperkukuh bekalan negara, laporan berkenaan menggariskan empat strategi utama, iaitu MyMedSecure, sistem amaran awal enam bulan, Penampan Ubat Strategik dan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Keselamatan Kesihatan Malaysia 2025-2030.
Berdasarkan nota itu, sistem amaran awal yang diwajibkan mulai 1 Julai lalu, menghendaki semua pemegang pendaftaran produk memaklumkan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal mengenai kemungkinan kekurangan bekalan atau pemberhentian sesuatu produk.
Bagaimanapun, MBSB Research berkata, angka pematuhan, jumlah laporan diterima dan tindakan penguatkuasaan tidak diperincikan.
Penampan Ubat Strategik pula digambarkan sebagai simpanan bergerak bersamaan penggunaan asas negara bagi tempoh tiga hingga enam bulan.
Ia meliputi ubat kritikal seperti rawatan diabetes, ubat kardiovaskular, antibiotik utama, analgesik kecemasan dan formulasi untuk kanak-kanak.
Stok simpanan itu perlu digantikan dengan ubat yang lebih awal luput dikeluarkan terlebih dahulu bagi mengurangkan pembaziran.
Komitmen kerajaan terhadap pembelian ubat dilaporkan meningkat 8.3 peratus daripada RM6 bilion pada 2025 kepada RM6.5 bilion tahun ini.
MBSB Research turut mengunjurkan nilai pasaran farmaseutikal negara berkembang daripada RM15.7 bilion pada 2025 kepada lebih RM21.4 bilion menjelang 2030.
Pertumbuhan itu dijangka dipacu ubat generik dan biosimilar yang diunjurkan berkembang antara 12 hingga 14 peratus setahun.
Namun, ia mengingatkan bahawa penyediaan simpanan ubat untuk beberapa bulan memerlukan modal kerja besar, kemudahan rantaian sejuk dan pengurusan inventori yang ketat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.