
Malaysia terima sistem penangkis dron RM40 juta daripada Jepun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jepun akan membekalkan Malaysia dengan Sistem Penangkis Pesawat Tanpa Pemandu (C-UAS) bernilai kira-kira RM40 juta bagi memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani ancaman dron. (Berita Harian, 21:46)
Read the reporting
1 report
Malaysia terima sistem penangkis dron RM40 juta daripada Jepun
KUALA LUMPUR: Jepun akan membekalkan Malaysia dengan Sistem Penangkis Pesawat Tanpa Pemandu (C-UAS) bernilai kira-kira RM40 juta bagi memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani ancaman dron.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bantuan itu dimeteraikan hari ini menerusi perjanjian di bawah program Bantuan Keselamatan Rasmi (OSA) Jepun 2026 bersama Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi, sempena lawatan kerja beliau ke negara berkenaan.
"Malaysia telah menerima bantuan di bawah program ini sejak 2023, dengan agihan terdahulu merangkumi 14 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), tujuh bot penyelamat, dan dua lori pembersih jalan bernilai RM12.63 juta.
"Di bawah program OSA 2025 pula, Jepun memperuntukkan kira-kira RM80 juta kepada Malaysia, termasuk sebuah kapal sokongan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangka diserahkan pada 2029, serta peralatan bagi Pasukan Pemerhati Asean (AOT)," katanya.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun atas bantuan dan komitmen berterusan dalam kerjasama pertahanan bersama Malaysia.
"Malaysia berharap dapat terus memanfaatkan program ini, terutamanya dalam memperkasakan keupayaan pengawasan maritim serta kesiapsiagaan operasi angkatan tentera," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.