Malaysian Attention Engine
Live wire
63Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m62Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification61Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan61Business : JS-SEZ Attracts RM132 Bln In Investments Through June 2026 -- Anwar60Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student59Tabung Haji carum PERKESO untuk imam, bilal dan guru takmir56General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon55Business : GLICs To Invest RM2 Bln To Empower Bumiputera Companies51Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202751Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing50Bantuan awal pendidikan BAP ditingkatkan kepada RM200 setiap murid50Putrajaya plans law to tighten oversight of govt-owned firms
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MBDK kesan 103 kes buang sampah haram menerusi CCTV

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 15:31 MYTLatest activity 9 Oct, 15:31BMconfidence 60%

What happened

MBDK kesan 103 kes buang sampah haram menerusi CCTV (Harian Metro, 15:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

MBDK kesan 103 kes buang sampah haram menerusi CCTV

By Norzamira Che Noh · 9 Oct, 15:31 MYT

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Sebanyak 103 kes pembuangan sampah haram dikesan menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 109 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, pemantauan menerusi teknologi CCTV yang dikendalikan Unit CCTV, Jabatan Penguatkuasa membolehkan aktiviti pembuangan sampah haram dikesan secara lebih sistematik termasuk mengenal pasti kenderaan dan pihak yang disyaki terbabit untuk tindakan susulan.

"Selain pengesanan menerusi CCTV, MBDK turut melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun dan sitaan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007.

"Sehingga 30 September lalu, sebanyak 909 kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkaitan, dengan 576 kompaun sudah dibayar membabitkan kutipan hasil RM247,360," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Unit CCTV MBDK turut membantu agensi penguatkuasaan lain apabila menerima 24 permohonan rakaman CCTV daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 30 September lalu bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

"Bagi September sahaja, sebanyak 4,128 rakaman CCTV berkaitan pengesanan pembuangan sampah haram direkodkan, dengan lapan aktiviti dikenal pasti.

"Daripada jumlah itu, dua kompaun dikeluarkan, manakala enam kes lagi masih dalam proses mendapatkan maklumat menerusi kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM," katanya.

Mengulas lanjut, Norfiza berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan pembuangan sampah haram.

Katanya, penggunaan teknologi CCTV akan terus diperkasakan sebagai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan Klang kekal bersih, selamat serta selesa untuk didiami.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:19 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 15:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

MBDK kesan 103 kes buang sampah haram menerusi CCTV · Malaysian Attention Engine