
McIlroy, Fleetwood ketinggalan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
NEW DELHI: Rory McIlroy dan juara bertahan, Tommy Fleetwood memulakan saingan Kejohanan DP World India dengan langkah kiri apabila ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu, Niklas Norgaard selepas pusingan pertama yang terjejas akibat hujan lebat, semalam. (Utusan Malaysia, 18:35)
Read the reporting
1 report
McIlroy, Fleetwood ketinggalan
NEW DELHI: Rory McIlroy dan juara bertahan, Tommy Fleetwood memulakan saingan Kejohanan DP World India dengan langkah kiri apabila ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu, Niklas Norgaard selepas pusingan pertama yang terjejas akibat hujan lebat, semalam.
Pemain Denmark itu mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatat enam birdie dan satu eagle berbanding dua bogey untuk mengumpul enam pukulan di bawah par, 66, sekali gus menguasai kedudukan pendahulu.
Tom McKibbin dari Ireland Utara, Thomas Detry dari Belgium dan Eugenio Chacarra dari Sepanyol berkongsi kedudukan kedua selepas masing-masing mencatat lima pukulan di bawah par.
Pemenang enam gelaran utama, McIlroy menamatkan pusingan dengan dua pukulan di bawah par, 70, untuk berkongsi kedudukan ke-13 selepas mencatat birdie di lubang kedua, ke-13, ke-15 dan ke-18 selain melakukan dua bogey.
Pemain Ireland Utara itu menyifatkan permulaannya sebagai memuaskan meskipun belum mencapai tahap permainan terbaik.
“Pendahulu belum jauh meninggalkan kami dan masih ada 54 lubang untuk dimainkan, jadi banyak lagi aksi golf yang menanti.
“Permulaan yang baik, bukan luar biasa, tetapi sekurang-kurangnya memuaskan,” katanya.
Cuaca menjadi penghalang utama apabila hujan lebat memaksa permainan dihentikan hampir lima jam selepas permulaan yang cerah, menyebabkan beberapa pemain kembali ke hotel sementara menunggu keadaan pulih.
Pusingan pertama turut belum selesai bagi beberapa pemain, termasuk bintang Amerika Syarikat, Patrick Reed yang mencatat dua pukulan di atas par selepas bermain empat lubang. – AFP
The post McIlroy, Fleetwood ketinggalan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.