
Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEREMBAN – Perselisihan rumah tangga dipercayai menjadi punca seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditemukan maut dengan kecederaan disyaki akibat tikaman di kediamannya di Kompleks Perumahan Awam, di Nilai, malam tadi. (Kosmo!, 11:32)
Read the reporting
2 reports
Perselisihan rumah tangga dipercayai punca wanita dibunuh
am@hmetro.com.my
Seremban: Kes wanita yang maut disyaki dibunuh suaminya di kediaman kakitangan kerajaan di Nilai, malam tadi, dipercayai berpunca daripada pergaduhan akibat perselisihan rumah tangga.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa, 35, ditikam, malah senjata yang digunakan turut ditemukan.
Beliau berkata, pada 9.30 malam tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima laporan berhubung lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, dan memaklumkan mengenai kematian isterinya di kompleks perumahan awam di Nilai.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai yang menjalankan pemeriksaan di lokasi kemudiannya mengesahkan kematian mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Alzafny berkata, pemeriksaan awal Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman.
"Sebilah pisau serta beberapa barang kes lain turut dirampas bagi membantu siasatan," katanya.
Seorang lelaki tempatan berusia 30-an turut ditahan polis bagi membantu siasatan.
"Mangsa adalah seorang Pegawai Kastam yang bertukar skim perkhidmatan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026," katanya.
Mengulas lanjut, Alzafny berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.