
‘Memang tak cool’ – Nora Danish kesal ‘dikenenkan’ pemandu lori
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish kesal selepas kenyataannya disunting pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan pelbagai salah faham. (Kosmo!, 22:38)
Read the reporting
1 report
‘Memang tak cool’ – Nora Danish kesal ‘dikenenkan’ pemandu lori
PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish kesal selepas kenyataannya disunting pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, sedar zaman kecerdasan buatan (AI) kini memudahkan manipulasi maklumat, namun menegaskan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk fitnah yang tidak wajar dipermainkan.
“Bagi sesiapa yang menyunting kenyataan saya tentang pemandu lori, memang tak ‘cool’ lah.
“Saya tiada masalah dengan mana-mana pekerjaan akan tetapi kenyataan saya ditukar bukan media tetapi orang yang tidak bertanggungjawab.
“Itu fitnah sama sekali. Tahu zaman AI semua boleh tipu tapi tidak baik mempermainkan perasaan orang,” katanya dalam Threads.
Rata-rata mempertahankan hak pelakon drama Puteri itu sambil menyelar sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang gemar memanipulasi maklumat demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan buruk terhadap maruah orang lain.
“AI makin bijak, tapi malangnya ada manusia makin malas nak guna akal. Sunting dan tular boleh namun nak bertanggungjawab atas kerosakan nama orang tiba-tiba semua hilang,” kata peminat.
“Sabar ya, memang mencabar bila kenyataan kena putar belit macam ini tapi saya hormat cara awak mengendalikan dengan tenang,” ujar pengikut.
“Jangan sampai sanggup ubah kenyataan orang dan jauhkan maruah orang. Kekal kuat Nora,” luah peminat lain.
Sebelum ini, Nora dalam sebuah temu bual bersama media berkongsi tidak serik untuk bercinta lagi dan berharap dapat mendirikan rumah tangga dengan lelaki beriman.
Namun, tular sebuah poster dengan tajuk ‘Nora Danish tak takut berkahwin lagi, mahu suami beriman, bawa lori pun tak apa’ yang ternyata palsu. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Memang tak cool’ – Nora Danish kesal ‘dikenenkan’ pemandu lori appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!22:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.