
‘Merasa juga duit dalam bank RM1 bilion walaupun kejap’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa sempat merasa menjadi ‘bilionair’ seketika, apabila menerima wang mencecah RM1 bilion lebih dikatakan dimasukkan oleh sebuah bank dalam akaunnya. (Kosmo!, 13:26)
Read the reporting
1 report
‘Merasa juga duit dalam bank RM1 bilion walaupun kejap’
PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa sempat merasa menjadi ‘bilionair’ seketika, apabila menerima wang mencecah RM1 bilion lebih dikatakan dimasukkan oleh sebuah bank dalam akaunnya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut bersikap jujur apabila dia terus memaklumkan kesilapan berkenaan kepada pihak bank sebelum tindakan diambil oleh mereka.
Menerusi hantaran Thread, dia dikenali sebagai Wanmohdfairuz Wza berkongsi resit bank berhubung jumlah dimasukkan ke akaunnya iaitu RM1,000,315,879 dengan transaksi tersebut berkaitan ganjaran wang tunai bagi promosi dan kempen untuk kitaran (cycle) keenam.
“Aeon Bank duit apa tok (ni)? Bergegar nyawa duit dalam akaun banyak gilak gia (banyak sangat),” katanya dalam dialek Sarawak.
Menjawab pertanyaan orang ramai, dia memaklumkan telah menghubungi bank berhubung kejadian itu.
“Duit masuk dalam pukul 10.36 pagi, kamek (saya) buka (akaun) bank pukul 11 pagi. Lebih sejam terus telefon sidak (mereka) bank.
“Sekurang-kurang merasa juak (juga) duit dalam bank RM1 bilion walaupun kejap,” katanya berseloroh.
Dalam masa sama, pengguna Thread Hilmanhazim turut berkongsi resit di ruangan komen yang mana dia berdepan pengalaman sama semalam menerusi bank sama.
Resit dipamerkan lelaki tersebut berjumlah RM1,000,445,220 untuk kempen bagi kitaran kelima.
“Cycle lima hahaha, bank salah transfer (pindahkan),” katanya.
Menjawab pertanyaan orang ramai, lelaki itu mendakwa kemungkinan ia adalah ralat daripada pihak bank.
“Tak boleh, bank glitch (ralat/gangguan). Depa block (sekat) akaun. Dalam masa 24 jam boleh guna balik,” katanya.
Sementara itu, pengguna media sosial turut meninggalkan komen berseloroh apabila mereka berpeluang menjadi ‘bilionair’ biarpun hanya sekejap.
“Sekurang-kurangnya merasa kejap jadi ‘bilionair’. Kelak boleh bercerita dengan anak cucu, ‘kamek dolok (dahulu) bilionair’. Tapi ya kan milik Allah,” kata Hettymunira.
“Terus periksa akaun saya mana tahu RM1.96 jadi RM1,960,000,000,” kata Darweanazzahra.
“Patut masa nampak jumlah tu, kena cepat-cepat tadah tangan minta pada Allah. Tolong lah realiti kan angka ni,” kara Meliaa_forever. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Merasa juga duit dalam bank RM1 bilion walaupun kejap’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.