
Mesej bantuan 'one-off' teksi dari MOT, APAD sah, bukan scam - GTSM
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Mesej bantuan 'one-off' teksi dari MOT, APAD sah, bukan scam - GTSM (Harian Metro, 18:10)
Read the reporting
1 report
Mesej bantuan 'one-off' teksi dari MOT, APAD sah, bukan scam - GTSM
nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pemandu teksi dan kereta sewa diingatkan supaya menyemak pesanan WhatsApp daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) atau Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung penyaluran bantuan sekali bayar (one-off) sebanyak RM1,000.
Presiden Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) Kamarudin Hussain berkata, makluman yang dihantar menerusi WhatsApp kepada pemandu teksi terpilih itu adalah sah dan bukannya cubaan penipuan (scam).
Menurutnya, seramai 500 pemandu teksi terawal yang menerima makluman berkenaan dijadualkan menghadiri majlis penyerahan bantuan di MOT, Putrajaya, pada 12 tengah hari esok.
Majlis itu dijangka turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apabila menerima WhatsApp daripada MOT atau APAD, itu bukan penipuan, sebaliknya makluman yang sah. Mereka yang menerima WhatsApp boleh hadir esok pada 12 tengah hari.
"Bagi yang tidak menerima WhatsApp, mohon jangan hadir kerana nama mereka tiada dalam senarai," katanya menerusi perkongsian video di media sosialnya hari ini.
Kamarudin berkata, pemandu yang tidak terpilih untuk sesi pertama di Putrajaya tidak perlu bimbang kerana program penyerahan bantuan itu akan diteruskan secara berperingkat ke negeri lain.
Beliau memberi jaminan semua pemandu teksi yang mempunyai kad pemandu yang masih aktif akan menerima bantuan berkenaan.
Menurutnya, borang Google Forms akan disediakan khusus untuk ahli GTSM bagi tujuan penyediaan senarai penerima bagi program seterusnya.
Bagi penerima yang tidak dapat menghadiri majlis penyerahan secara fizikal, bantuan berkenaan akan disalurkan terus menerusi transaksi perbankan.
Dalam pada itu, Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri Jana Santhiran Munnisamy, Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah Al Bakri serta seluruh warga kementerian atas keprihatinan membantu kebajikan pemandu teksi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro18:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.