
Mikayla lumpuh perlukan RM30,000 untuk rawatan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TANJUNG MALIM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lumpuh akibat jangkitan kuman pada selaput otak memerlukan bantuan RM30,000 bagi menampung kos pembedahan, rawatan susulan dan keperluan hariannya. (Utusan Malaysia, 07:54)
Read the reporting
1 report
Mikayla lumpuh perlukan RM30,000 untuk rawatan
TANJUNG MALIM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lumpuh akibat jangkitan kuman pada selaput otak memerlukan bantuan RM30,000 bagi menampung kos pembedahan, rawatan susulan dan keperluan hariannya.
Meor Mohd Zainudin, 45, berkata anak angkatnya, Mikayla Afia Meor Abdul Fattah, dikesan menghidap penyakit itu pada Februari tahun lalu ketika berusia empat tahun.
Menurutnya, Mikayla Afia sudah menjalani tiga pembedahan, namun keadaan kesihatannya masih belum menunjukkan perubahan ketara dan memerlukan satu lagi pembedahan selepas keadaannya stabil.
“Pembedahan pertama dilakukan untuk mengalirkan cecair yang terkumpul di otak akibat jangkitan kuman, manakala pembedahan kedua bagi menukar tiub External Ventricular Drain (EVD) selepas dia mengalami demam panas.
“Pembedahan ketiga dilakukan pada 2 Februari lalu, tetapi dia masih memerlukan rawatan lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Meor berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu jengkaut untuk menjaga anaknya, manakala isterinya bekerja sebagai pembantu tadika.
Katanya, Mikayla Afia memerlukan susu khas enam kali sehari, setiap tiga jam, selain ubat-ubatan mengikut jadual bagi mengurangkan risiko sawan yang boleh membahayakan kesihatannya.
“Kami menghadapi kekangan kewangan untuk menampung kos susu, ubat-ubatan dan rawatan susulan. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan masih tidak mencukupi.
“Sehubungan itu, kami merayu bantuan orang ramai bagi memastikan keperluan dan rawatan anak dapat diteruskan,” katanya.
Selain sumbangan kewangan, Meor turut memerlukan kerusi keselamatan khas (car seat) bernilai RM5,500 bagi memudahkan urusan membawa Mikayla Afia ke hospital tanpa perlu menyewa ambulans yang menelan kos tinggi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 162478128584 atas nama Meor Mohd Zainudin atau menghubunginya menerusi talian 010-3325704. – UTUSAN
The post Mikayla lumpuh perlukan RM30,000 untuk rawatan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.