
Mimi Fly, Nadia Aqilah sanggup terbang ke Solo 'berguru' watak Bayan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Petaling Jaya : Demi memberikan persembahan terbaik dan mendalami latar belakang watak Bayan, dua pelakon, Mimi Fly dan Nadia Aqilah mengambil inisiatif sendiri untuk terbang ke Solo, Indonesia. (Harian Metro, 16:51)
Read the reporting
1 report
Mimi Fly, Nadia Aqilah sanggup terbang ke Solo 'berguru' watak Bayan
Petaling Jaya : Demi memberikan persembahan terbaik dan mendalami latar belakang watak Bayan, dua pelakon, Mimi Fly dan Nadia Aqilah mengambil inisiatif sendiri untuk terbang ke Solo, Indonesia.
Inisiatif yang diambil menggunakan perbelanjaan sendiri itu menjadi bukti komitmen tinggi mereka bagi menjayakan pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical yang bakal dipentaskan bermula 31 Oktober hingga 15 November ini.
Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata, keputusan untuk berguru di Solo dibuat selepas mereka menyertai bengkel yang dianjurkan oleh pihak Enfiniti Productions, di mana mereka merasakan ilmu yang diperoleh perlu diperdalamkan lagi.
"Ini pengalaman pertama saya dalam teater muzikal dan semuanya adalah benda baharu. Jadual dan latihan intensif sepanjang dua hingga tiga bulan ini sangat mencabar, tetapi ia mengubah saya menjadi lebih bersedia.
"Kami mengambil cabaran ini untuk diri sendiri. Walaupun penat, saya rasa bersyukur kerana dapat menimba pengalaman baharu dengan bimbingan dan sokongan rakan pelakon seperti Nadia," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Nadia Aqilah memberitahu, perjalanan mereka ke Solo banyak membuka mata dari segi mendalami konsep, falsafah serta unsur kerohanian yang ada pada watak Bayan.
Menurut Nadia, peluang berguru secara terus dengan tokoh seni di Solo membolehkan mereka memahami cara sebutan, pergerakan dan bahasa tubuh wanita Jawa secara lebih tepat.
"Pementasan ini adalah satu amanah dan bukannya sekadar nyanyian atau tarian semata-mata, sebaliknya ada kisah dan ilmu tradisi yang perlu disampaikan dengan ikhlas.
"Apabila berguru di sana, kami sedar watak Bayan mempunyai tanggungjawab yang besar dan isi yang mendalam. Pengalaman itu membuatkan kami lebih berendah diri untuk mengalas watak ini di atas pentas," katanya.
Pementasan teater muzikal PGL The Musical arahan Puan Sri Tiara Jacquelina bakal menampilkan variasi persembahan menerusi lakonan selang-seli antara Mimi Fly dan Nadia Aqilah mengikut jadual pementasan yang ditetapkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.