Malaysian Attention Engine
Live wire
51Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran50General : Disaster Preparedness Helps Reduce Property Losses - Ahmad Zahid50Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy47World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport44Akmal Saleh desak Eric See-To mohon maaf persenda perkataan ‘Lighad'44General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings44PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi42Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok42General : Haze: M'sia Still Awaiting Indonesia's Response To Firefighting Aid Offer - DPM Zahid41Give Umno one-third of seats in PAS-held states, says Nur Jazlan41Firefly cancels Subang-Seletar flights over haze concerns40Padang, Indonesia dilanda banjir, ratusan isi rumah terjejas
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Mitraland lancar Bayou Quartz di Kota Bayuemas, kediaman bermula RM905,000

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 14:20 MYTLatest activity 11 Oct, 14:20BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Mitraland lancar Bayou Quartz di Kota Bayuemas, kediaman bermula RM905,000

By Rafhanah Hazirah Ramlin · 11 Oct, 14:20 MYT

KLANG: Mitraland Group melancarkan secara rasmi Bayou Quartz, pembangunan kediaman bertanah terbaharunya di Kota Bayuemas, dengan Fasa 1A mencatatkan kadar pengambilan 90 peratus ketika pelancaran awal.

Pembangunan seluas kira-kira 52 ekar di atas tanah pegangan bebas itu adalah projek terbaharu dalam siri Quartz yang menawarkan kediaman tepi tasik, dengan penekanan kepada persekitaran hijau dan kemudahan untuk kehidupan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mitraland, Chris Chen, berkata Bayou Quartz menandakan kesinambungan siri Quartz menerusi kediaman yang menggabungkan ruang hijau, kemudahan gaya hidup dan reka bentuk praktikal untuk memenuhi keperluan keluarga.

"Dengan ruang hijau yang luas, kemudahan gaya hidup khusus dan kediaman bertanah yang dirancang dengan teliti, pembangunan ini direka untuk memberikan keluarga lebih ruang untuk menjalani kehidupan, berhubung dan berkembang.

"Ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mewujudkan komuniti yang dirancang dengan baik serta memberikan nilai jangka panjang kepada pemilik rumah," katanya.

Fasa pertama Bayou Quartz merangkumi 287 unit kediaman Garden Villas dan Park Villas, yang terdiri daripada rumah dua dan tiga tingkat dengan keluasan binaan sehingga 2,695 kaki persegi bagi unit perantaraan dan 3,135 kaki persegi bagi unit penjuru.

Susulan sambutan terhadap Fasa 1A yang merangkumi 118 unit, Mitraland membuka Fasa 1B sempena pelancaran rasmi pembangunan berkenaan.

Bayou Quartz ditawarkan pada harga bermula RM905,000 bagi kedua-dua fasa itu.

Ia turut menawarkan komuniti berpagar dan berpengawal 24 jam, rumah kelab eksklusif seluas dua ekar, laluan joging sepanjang tiga kilometer, dek hijau bertingkat, taman linear sepanjang 20 kaki, kolam eko serta taman tasik seluas tiga ekar.

Pembangunan itu juga memperoleh Pensijilan Awal GreenRE Bronze sebagai sebahagian daripada pendekatan yang menekankan persekitaran kediaman lebih hijau.

Dari segi reka bentuk, unit terpilih dilengkapi taman persendirian dan persediaan untuk pemasangan lif, selain ruang parkir berbumbung untuk dua hingga tiga kenderaan.

Unit perantaraan menawarkan sehingga empat bilik tidur serta satu bilik tambahan dan empat bilik air, manakala unit penjuru mempunyai sehingga lima bilik tidur serta satu bilik tambahan dan lima bilik air.

Bayou Quartz meneruskan legasi siri Quartz yang sebelum ini merangkumi 16 Quartz di Melawati, yang memenangi anugerah emas FIABCI World Prix d'Excellence 2018 bagi kategori Kediaman Bertingkat Rendah.

Siri itu kemudian diteruskan menerusi 22 Quartz di Setia Alam, pembangunan pegangan bebas seluas 22 ekar yang merangkumi 326 vila dan memenangi anugerah kecemerlangan kategori kediaman bertanah mesra keluarga pada StarProperty Real Estate Developer Awards 2025.

Terletak di Kota Bayuemas, Bayou Quartz mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan runcit, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan, termasuk AEON Mall Bukit Tinggi, KSL Esplanade Mall, Orbix International School, Bukit Tinggi Medical Centre dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Pembangunan itu juga terletak kira-kira tiga kilometer dari Stesen LRT3 Johan Setia selain berhampiran Gravit8, pembangunan bersepadu mercu tanda Mitraland di kawasan Klang Selatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.