
MotoGP: Acosta tak jadikan Marquez sasaran
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON – Pelumba Sepanyol, Pedro Acosta menyangkal dakwaan kononnya keputusannya menyertai pasukan kilang Ducati pada musim depan didorong oleh keinginan untuk menewaskan Marc Marquez. (Kosmo!, 10:00)
Read the reporting
1 report
MotoGP: Acosta tak jadikan Marquez sasaran
LONDON – Pelumba Sepanyol, Pedro Acosta menyangkal dakwaan kononnya keputusannya menyertai pasukan kilang Ducati pada musim depan didorong oleh keinginan untuk menewaskan Marc Marquez.
Penjelasan itu dibuat Acosta bagi menjawab kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Gottfried Neumeister baru-baru ini yang mendakwa pelumba berusia 22 tahun itu menolak tawaran lumayan pasukannya semata-mata kerana mahu menewaskan rakan sepasukan baharunya itu, Marquez dengan ‘senjata’ yang serupa.
Acosta yang menghadiahkan kemenangan pertama KTM dalam tempoh empat tahun pada Grand Prix (GP) Austria menegaskan, perpindahannya ke Ducati adalah demi kepentingan jangka panjang kariernya selain peluang keemasan menimba ilmu daripada juara dunia sembilan kali itu.
“Keputusan menyertai Ducati bukan soal mahu menewaskan Marc (Marquez). Satu-satunya sebab saya mahu bergandingan dengannya adalah kerana saya mungkin tidak akan berpeluang lagi belajar daripada pelumba terbaik dalam sejarah selepas ini.
“Itu satu-satunya matlamat jelas saya. Biarpun sekiranya saya tewas kepadanya. Menjadi rakan sepasukan bersama Marc akan memberi manfaat jauh lebih besar bagi karier saya untuk jangka masa panjang,” katanya.
Pedro mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah membuka ruang rundingan KTM, biarpun ditawarkan kenaikan gaji yang lumayan.
“Saya tidak pernah berunding dengan KTM. Mereka menghantar kontrak, saya menolaknya. Mereka datang memujuk, tetapi saya tegaskan tiada apa di dunia ini yang mampu mengubah fikiran saya.
“Ini adalah keputusan paling pantas yang pernah saya buat dalam hidup saya,” tegas Acosta yang mengikat perjanjian bersama Ducati sejak Disember lalu. – AGENSI
The post MotoGP: Acosta tak jadikan Marquez sasaran appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.