
MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara (Google News Malaysia (BM), 17:08)
Read the reporting
1 report
MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
zaky@bh.com.my
Putrajaya: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti tiga keutamaan dasar strategik bagi memacu pertumbuhan mampan serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam mendepani cabaran struktur dan ketidaktentuan ekonomi global.
Kementerian Ekonomi dalam satu kenyataan, berkata tiga keutamaan itu merangkumi pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK), pembangunan pusat data lestari serta pewujudan rangka kerja ketahanan ekonomi negara menerusi National Economic Resilience Framework (NERF).
Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelaksanaan dasar yang diputuskan perlu dilaksanakan secara bersepadu, khususnya bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, memastikan pelaburan pusat data memberikan nilai tambah kepada ekonomi domestik serta memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi kejutan ekonomi luaran.
"Dalam usaha mengoptimumkan penggunaan sumber, Kementerian Ekonomi membentangkan RKEK bagi menerajui peralihan nasional daripada model ekonomi linear berasaskan pendekatan guna dan buang kepada ekonomi kitaran.
Rangka kerja itu bertujuan mengoptimumkan hayat penggunaan bahan, mengurangkan pembaziran sisa serta memelihara nilai sumber. Dasar bersepadu itu turut digubal bagi mengatasi isu pelaksanaan yang dijalankan secara berasingan merentas kementerian sebelum ini, selain mengelakkan kerugian ekonomi akibat kehilangan sumber bernilai," katanya.
Menurut Kementerian Ekonomi, pelaksanaan RKEK juga menyokong aspirasi negara mencapai sifar bersih menjelang 2050.
"Sehubungan itu, MTEN bersetuju supaya kementerian peneraju bersama agensi pelaksana menerima pakai RKEK dengan struktur tadbir urus, pemantauan dan penyelarasan yang bersepadu," katanya.
Kementerian peneraju berkenaan ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Dalam sektor digital, Kementerian Digital mengemukakan Hala Tuju Strategik Negara Ke Arah Pembangunan Pusat Data Lestari bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti tenaga dan air negara.
Pendekatan itu turut bertujuan memaksimumkan nilai tambah tempatan serta menyokong aspirasi kecerdasan buatan (AI).
Langkah berkenaan juga diambil bagi menangani kekangan utiliti, mengelakkan ketidakseimbangan impak terhadap alam sekitar serta memastikan pelaburan pusat data memberikan limpahan ekonomi nyata kepada ekosistem digital tempatan.
Susulan pembentangan itu, MTEN bersetuju dengan pelan pengawalseliaan strategik yang antara lain merangkumi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data), di mana RUU berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 2027.
Selain ekonomi kitaran dan pembangunan pusat data lestari, mesyuarat MTEN turut meneliti NERF yang dibentangkan Bahagian Hal Ehwal Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri.
NERF bertujuan mewujudkan rangka kerja ketahanan ekonomi negara sebagai tindakan jangka panjang yang menyeluruh dalam mendepani kejutan ekonomi luaran.
Kementerian Ekonomi berkata, mesyuarat bersetuju supaya cadangan berkenaan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan diperincikan pada peringkat Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.
Akmal Nasrullah berkata, Kementerian Ekonomi selaku sekretariat MTEN akan menyelaras dan memantau tindakan susulan bersama kementerian serta agensi pelaksana berkaitan.
Beliau berkata, keutamaan kerajaan bukan sekadar pertumbuhan dan pelaburan, tetapi juga membina ekonomi yang lebih produktif, mampan dan berdaya tahan dengan manfaat nyata kepada rakyat serta perniagaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)17:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.