
MVV 2.0 jadi pemangkin utama lonjak Negeri Sembilan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Pembangunan kawasan pertumbuhan baharu, Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) terus menjadi pemangkin utama dalam melonjakkan ekonomi Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi. (Utusan Malaysia, 16:09)
Read the reporting
4 reports
Belanjawan 2027: Projek ECRL bakal disambung dari Kota Bharu ke Rantau Panjang
nurhanim.osman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Malaysia dan China sepakat untuk menyambung laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ECRL ialah projek pengangkutan darat rentas wilayah sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat.
Laluan itu bermula dari Kota Bharu dan berakhir di Pelabuhan Klang, membabitkan 20 stesen, terdiri daripada 10 stesen penumpang dan 10 stesen yang menggabungkan perkhidmatan penumpang serta kargo.
Beliau berkata, Fasa 1 ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi pada Disember ini.
"Bagi memudahkan pergerakan penduduk Kelantan, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu.
"Kerajaan turut menyediakan RM270 juta bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL," katanya.
Dalam sektor jalan raya pula, kerajaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan RM1.1 bilion bagi menambah baik jalan di kawasan pelabuhan serta lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan dan Pulau Pinang, selain lapangan terbang pendek berlepas dan mendarat (STOLport) di Long Banga dan Ba'Kelalan, Sarawak.
Selain itu, peranan Jurutera Daerah turut diperkasa bagi mempercepat pelaksanaan projek berskala kecil, termasuk membaiki jalan berlubang, dengan peruntukan bagi tujuan itu ditingkatkan kepada RM40 juta.
Kerajaan turut menyediakan RM2.5 bilion untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, termasuk hampir RM800 juta khusus kepada kontraktor G1 hingga G4.
Dalam pada itu, RM5.7 bilion disalurkan melalui Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kerja pembaikan jalan negeri.
Bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan pengguna lebuh raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan membina 15 tempat berteduh untuk penunggang motosikal, memasang 70 kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya PLUS serta menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- Current hour is 1.7 standard deviations above this event's own baseline
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.


