Malaysian Attention Engine
Live wire
62Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification61Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m61Business : JS-SEZ Attracts RM132 Bln In Investments Through June 2026 -- Anwar57Tabung Haji carum PERKESO untuk imam, bilal dan guru takmir57Bantuan awal pendidikan BAP ditingkatkan kepada RM200 setiap murid55BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari55General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon55Business : GLICs To Invest RM2 Bln To Empower Bumiputera Companies54Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan52Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student52Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing51Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 2027
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Nasir Search jalani pembedahan pintasan jantung

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 17:14 MYTLatest activity 9 Oct, 17:14BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pemain bes Search, Nasir Daud, 67, kini menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan pintasan jantung atau bypass di Institut Jantung Negara (IJN), pada 2 Oktober lalu. (Berita Harian, 17:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Nasir Search jalani pembedahan pintasan jantung

By Fatin Farhana Ariffin · 9 Oct, 17:14 MYT

KUALA LUMPUR: Pemain bes Search, Nasir Daud, 67, kini menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan pintasan jantung atau bypass di Institut Jantung Negara (IJN), pada 2 Oktober lalu.

Nasir berkata, masalah jantungnya dikesan menerusi pemeriksaan kesihatan pada April lalu, sekali gus memerlukan beliau mengurangkan aktiviti dan memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

Pemuzik yang kini menetap di Johor Bahru itu berkata, beliau dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk berehat sebelum kembali aktif seperti biasa.

"Saya ada isu jantung yang dikesan pada April lalu melalui pemeriksaan kesihatan. Sejak itu, saya banyak berehat di rumah. Kebetulan, aktiviti seni Search sepanjang tahun ini tidak begitu sibuk.

"Jadi, saya kini berehat, mengambil ubat yang diberikan doktor, melakukan senaman fisioterapi ringan serta mengikuti program pemakanan berkhasiat," katanya kepada BH Online.

Nasir turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan sahabat baiknya, Datuk Amy Search, yang membantu melancarkan urusan rawatannya di IJN.

Katanya, sokongan keluarga Search dan bantuan Amy membolehkannya mendapatkan rawatan di pusat jantung berkenaan, dengan pasukan pakar diketuai Ketua Pegawai Eksekutif IJN Group Sdn Bhd, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib.

"Alhamdulillah, segala yang direncanakan berjalan lancar. Syukur kepada Allah. Saya mahu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan yang menaja sepenuhnya kos pembedahan pintasan jantung saya di IJN.

"Terima kasih juga kepada seluruh pasukan dan kakitangan IJN yang sentiasa baik, ramah, cakna, profesional serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing.

"Penghargaan dan jutaan terima kasih juga kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kerana menerusi isteri saya yang memiliki kad pesara, saya dapat menikmati manfaat bagi mendapatkan rawatan berkenaan," katanya.

Berkongsi perkembangan Search, Nasir berkata, beliau masih aktif bersama kumpulan rock itu dan akan berusaha memberikan komitmen terbaik sekiranya diperlukan untuk menjayakan persembahan.

Walaupun menetap di Johor Bahru, Nasir berkata, beliau bersedia pulang ke ibu kota pada bila-bila masa sekiranya Search mempunyai aktiviti seni.

Katanya, kumpulan itu juga sudah menyiapkan versi baharu lagu popular mereka, Pawana, selain beberapa karya lama yang diberikan sentuhan muzik lebih segar.

"Kami sempat menyiapkan Pawana versi baharu yang pastinya lebih mantap berbanding versi 37 tahun lalu.

"Ada lagi lagu lama yang digubah semula dengan sentuhan baharu. Kami akan keluarkan satu demi satu. Trend hari ini, kebanyakan kumpulan tidak lagi mengeluarkan album, sebaliknya single.

"Single terbaharu berjudul Kisah Cinta Aminah juga sudah siap dan akan dikeluarkan menerusi label Universal Music," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nasir berkata, Search masih menerima banyak undangan untuk mengadakan persembahan, termasuk daripada penganjur di Singapura dan beberapa lokasi di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu belum menerima tawaran berkenaan atas faktor yang disifatkan sebagai ketidakadilan terhadap pihak tertentu serta isu berat sebelah.

"Ada tiga tawaran daripada penganjur di Singapura, dua dari Pulau Pinang dan Ipoh, satu dari Pantai Timur, satu dari Johor Bahru dan dua dari Kuala Lumpur.

"Namun, kami tidak menerima tawaran itu atas sebab tiada keadilan kepada satu pihak atau berat sebelah kepada pihak lain. Kami berpegang pada prinsip, pematuhan terhadap moral dan nilai Search serta perkara asas dalam perundingan dan perundangan.

"Ini industri hiburan profesional, bukan boleh buat sesuka hati. Kami akan kembali ke arena jika ada pihak yang

memberikan tawaran realistik," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:24 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 17:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Nasir Search jalani pembedahan pintasan jantung · Malaysian Attention Engine