Malaysian Attention Engine
Live wire
75Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan69General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar61Bantuan awal pendidikan BAP ditingkatkan kepada RM200 setiap murid61General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon59Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student58Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m57General : Budget 2027: PTPTN Loan Repayments Deferred For Borrowers Earning Below RM2,50053Belanjawan 2027: Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan52Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202750Kerajaan Tambah 100,000 Lagi Langganan Ai Percuma Kepada Anak Muda50BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari50Budget 2027: Government to rollout MediAsas insurance starting Jan 2027
NewConfirmedupdated 7 h ago

Nepal pendekkan tempoh isytihar kematian orang hilang kepada 45 hari

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 10:25 MYTLatest activity 9 Oct, 10:31BMconfidence 80%

What happened

KATHMANDU: Nepal mencadangkan supaya tempoh sedia ada yang menetapkan seseorang hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang selama 12 tahun, dipendekkan kepada 45 hari, susulan banjir dahsyat melanda negara itu yang mengorbankan banyak nyawa. (Berita Harian, 10:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Nepal pendekkan tempoh isytihar kematian orang hilang kepada 45 hari

By Agensi · 9 Oct, 10:31 MYT

KATHMANDU: Nepal mencadangkan supaya tempoh sedia ada yang menetapkan seseorang hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang selama 12 tahun, dipendekkan kepada 45 hari, susulan banjir dahsyat melanda negara itu yang mengorbankan banyak nyawa.

Kabinet negara itu mengesyorkan supaya satu ordinan diisytiharkan bagi meminda undang-undang sedia ada dan menghapuskan halangan perundangan untuk mengisytiharkan orang hilang sebagai meninggal dunia.

Mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Singha Durbar itu memutuskan syor penggubalan ordinan bagi meminda beberapa undang-undang berkaitan bencana, termasuk memperkenalkan peruntukan bagi mengatasi halangan perundangan dalam pengisytiharan kematian orang hilang.

Jurucakap kerajaan merangkap Menteri Pendidikan, Sasmit Pokhrel, berkata kepada media bahawa tempoh sedia ada yang menetapkan seseorang perlu hilang selama 12 tahun sebelum boleh diisytiharkan meninggal dunia akan dipendekkan kepada 45 hari susulan banjir Bhotekoshi.

Nepal dilanda bencana yang disifatkan sebagai Tsunami Himalaya pada 26 Ogos lalu, susulan runtuhan batu dan ais salji yang mengorbankan lebih 1,400 orang, manakala lebih 6,000 lagi masih belum dapat dikesan.

Operasi mencari dan menyelamat serta pemulihan mangsa masih dijalankan di beberapa kawasan terjejas banjir susulan kemusnahan meluas menyebabkan lebih 70,000 penduduk terjejas secara langsung dan kehilangan tempat tinggal.

Dalam kejadian banjir itu, penempatan di kawasan cerun tinggi berhampiran sempadan Tibet terjejas teruk akibat banjir deras yang kuat susulan limpahan glasier secara mendadak.

Timure dan Syafru Besi, antara penempatan utama di kawasan berkenaan, musnah akibat banjir kilat itu.

Sebanyak AS$5 bilion dijangka diperlukan bagi membina semula infrastruktur yang musnah, dengan proses pembinaan semula dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad.

Banjir itu melanda penempatan di sepanjang sungai di daerah Rasuwa, sebelum merebak dengan pantas ke kawasan berhampiran, termasuk Nuwakot dan Dhading.

Sebanyak lapan projek hidroelektrik yang sedang beroperasi dengan kapasiti 281 megawatt (MW) serta empat projek dalam pembinaan berkapasiti 388 MW mengalami kerosakan, sekali gus menjejaskan kapasiti penjanaan elektrik sebanyak 431.1 MW.

Sebahagian besar laluan utama Galchhi-Betrawati-Rasuwagadhi dan Lebuh Raya Prithvi turut musnah, selain 48 jambatan gantung dan 31 jambatan yang boleh dilalui kenderaan juga mengalami kerosakan teruk. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0014:0017:00
Latest 17:59 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 10:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Nepal pendekkan tempoh isytihar kematian orang hilang kepada 45 hari · Malaysian Attention Engine