Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

Jelutong MP urges govt to provide financial assistance to families of Malaysians missing in Nepal floods

Only social or community posts, or a single source.

Attention
13
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 17:09 MYTLatest activity 9 Oct, 03:10ENMixedBMconfidence 57%

What happened

KUALA LUMPUR, Oct 8 — The government has been urged to consider providing financial assistance to all Malaysian families whose relatives are still missing due to the floods and landslide disaster in Nepal last August. (Malay Mail, 17:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Cadangan Nepal singkat tempoh status orang hilang beri kelegaan waris tragedi

By BERNAMA · 9 Oct, 03:10 MYT

Kuala Lumpur: Cadangan Kerajaan Nepal memendekkan tempoh pengesahan status undang-undang individu hilang akibat bencana daripada 12 tahun kepada 45 hari bakal membuka jalan bagi keluarga mangsa banjir di Rasuwagadhi menyelesaikan urusan perundangan, insurans dan pembahagian harta pusaka yang tertangguh.

Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH) menyambut baik cadangan berkenaan yang disifatkan sebagai kelegaan besar kepada 54 keluarga yang berdepan tekanan emosi dan kewangan selepas 44 hari tragedi berlaku.

Jurucakap MASFIH Dr Manivannan Rethinam berkata, semua waris berharap ketetapan baharu itu dapat dikuatkuasakan segera demi memberikan kejelasan kepada waris rakyat Malaysia yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lalu.

"Memandangkan tempoh 45 hari bakal genap esok (9 Oktober) dan cadangan itu masih tertakluk kepada proses perundangan di Nepal, kami memohon Kerajaan Malaysia memberikan penjelasan rasmi berhubung kedudukan sebenar perundangan yang terpakai bagi mengelakkan kekeliruan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tragedi tanah runtuh dan banjir di kawasan sempadan Nepal-China itu menyaksikan 54 rakyat Malaysia masih belum ditemukan.

Menurut laporan media negara itu, Kerajaan Nepal pada Rabu mengesyorkan penggubalan ordinan untuk meminda undang-undang sedia ada dan menghapuskan halangan undang-undang bagi mengisytiharkan orang yang hilang sebagai telah meninggal dunia.

Jurucakap kerajaan merangkap Menteri Pendidikan Sasmit Pokhrel dipetik sebagai berkata, peruntukan sedia ada yang memerlukan seseorang hilang selama 12 tahun sebelum diisytiharkan meninggal dunia akan dikurangkan kepada 45 hari berikutan kejadian banjir Bhotekoshi.

Selain itu, Manivannan memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan maklum balas positif untuk mengadakan pertemuan bersemuka bersama lima wakil MASFIH pada Isnin depan bagi membincangkan cadangan moratorium serta bantuan sementara bagi komitmen dan pembiayaan peribadi yang ditanggung keluarga mangsa.

Dalam pada itu, MASFIH turut merakamkan penghargaan kepada AmBank atas keprihatinan menjadi pihak pertama yang tampil menyalurkan bantuan kewangan kepada kesemua 54 keluarga mangsa menerusi Yayasan AmBank.

"Proses pengumpulan maklumat kini sedang dijalankan bagi membolehkan bantuan berkenaan diproses untuk meringankan beban harian keluarga terjejas," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Manivannan memaklumkan pihaknya masih menunggu maklum balas berhubung permohonan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Jabatan Peguam Negara bagi membincangkan mekanisme perlindungan dan hala tuju perundangan mangsa yang hilang.

Mana-mana pihak atau organisasi yang berhasrat menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa boleh menghubungi MASFIH menerusi talian 012-223 1303 atau e-mel masfihmy@gmail.com.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 18NEWnow08:0009:0010:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 03:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    03:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.