
Niat murni berakhir dengan musibah, manfaat PERKESO 'peluang kedua' buat atlet kuda lasak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: Selepas menempuh cabaran menunggang kuda sejauh 120 kilometer (km) pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024 di Lembah Bidong, Terengganu, Mohd Suhairi Ramly sebenarnya mempunyai alasan untuk berehat. (Harian Metro, 14:58)
Read the reporting
1 report
Niat murni berakhir dengan musibah, manfaat PERKESO 'peluang kedua' buat atlet kuda lasak
Kuala Lumpur: Selepas menempuh cabaran menunggang kuda sejauh 120 kilometer (km) pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024 di Lembah Bidong, Terengganu, Mohd Suhairi Ramly sebenarnya mempunyai alasan untuk berehat.
Namun, atlet berusia 41 tahun itu memilih membantu rakannya yang masih berjuang menamatkan pertandingan, tanpa menyangka tindakannya itu membawa kepada insiden yang mengubah kehidupannya.
Ketika berlari untuk memberikan air kepada rakannya dalam keadaan gelap di kawasan hutan, Mohd Suhairi tiba-tiba terjatuh dan mengalami kesakitan pada paha kanan sehingga tidak mampu bangun serta mengangkat kakinya.
"(Ketika itu) gelap, dalam hutan. Saya tidak tahu sama ada kuda tendang atau saya tersalah langkah. Saya tidak pengsan tetapi tidak boleh bangun, kaki pun tidak boleh angkat. Paha pula bengkak," katanya kepada Bernama.
Atlet berasal dari Tasik Kenyir itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu dan pemeriksaan lanjut mengesahkan tulang pahanya patah hingga memerlukan pembedahan untuk memasukkan implan besi.
Mohd Suhairi berkata, kecederaan itu cabaran paling berat dihadapinya sejak berkecimpung dalam sukan berkuda pada 2011 kerana mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali berjalan, menguruskan diri dan bekerja.
Bagaimanapun, beliau bersyukur caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 2008 membantu meringankan beban sepanjang tempoh pemulihan termasuk rawatan awal dan pembedahan di hospital.
"Kecederaan dialami pada 2024 itu yang paling buruk pernah saya alami sejak mula berkecimpung dalam dunia sukan kuda pada 2011," katanya.
Atlet yang pernah mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk di Australia dan Thailand itu berkata, pergerakannya sangat terbatas pada dua bulan pertama selepas pulang ke rumah.
"Saya mula berjalan dengan lebih baik selepas kira-kira tiga bulan menggunakan tongkat, sebelum dapat bergerak tanpa bantuan sekitar bulan kelima menjalani proses pemulihan.
"Dalam tempoh itu, saya menjalani rawatan fisioterapi di rumah yang diuruskan PERKESO sekali seminggu menjadi antara sokongan penting dan membantu membina semula kekuatan fizikal," katanya.
Mohd Suhairi berkat, PERKESO turut memberikan bantuan kewangan RM14,000 bagi menampung keperluan hidup sepanjang 222 hari beliau tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa sebelum kembali bekerja pada Jun 2025.
Kini, beliau kembali dalam arena sukan berkuda dengan mengurus, menjaga dan menyediakan kuda untuk pertandingan, selain membantu melatih atlet muda Terengganu.
Beliau turut mengingatkan atlet lain mengenai kepentingan perlindungan sosial, khususnya mereka yang terbabit dalam sukan berisiko tinggi.
Sementara itu, PERKESO memaklumkan Mohd Suhairi antara 18 atlet yang menyertai Program Pengurusan Hilang Upaya kendalian pertubuhan itu bagi tempoh 2022 hingga 2026.
Daripada jumlah itu, 13 atlet atau 72 peratus berjaya kembali bekerja selepas menjalani proses rehabilitasi dan intervensi menerusi program berkenaan.
PERKESO turut menyalurkan RM4.33 juta bayaran faedah kepada atlet pelbagai bidang bagi tempoh 2021 hingga Julai 2026 menerusi dua skim perlindungan di bawah kendaliannya.
"Faedah Hilang Upaya Kekal mencatatkan jumlah bayaran tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, mencecah RM2.28 juta, sekali gus memperlihatkan keperluan perlindungan jangka panjang kepada atlet yang mengalami kecederaan sehingga menjejaskan keupayaan mereka," menurut PERKESO dalam kenyataan.
PERKESO memaklumkan bilangan atlet yang menerima faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) meningkat daripada 22 orang pada 2021 kepada 119 pada 2025, manakala 151 penerima direkodkan sehingga Julai tahun ini.
Bagi atlet Majlis Sukan Negara (MSN) peringkat Persekutuan dan negeri yang mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) bermula 2024, enam penerima faedah direkodkan pada tahun berkenaan, diikuti 13 pada 2025 dan lapan sehingga Julai 2026.
Menurut PERKESO, kerjaya atlet mempunyai tempoh yang relatif singkat, risiko kecederaan tinggi serta ketidakpastian dari segi kesinambungan pendapatan, justeru perlindungan sosial perlu merangkumi rawatan, pemulihan, sokongan psikososial dan vokasional serta bantuan untuk kembali bekerja.
Atlet yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan boleh dilindungi menerusi Akta 4, manakala mereka yang bekerja sendiri tanpa hubungan majikan-pekerja boleh mendapatkan perlindungan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri), tertakluk kepada syarat ditetapkan.
"Jangan tunggu hingga berlaku kemalangan atau kecederaan barulah kita memikirkan tentang perlindungan. Lindungi diri ketika masih sihat, supaya kita bersedia apabila berdepan sebarang kemungkinan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, pemerhati sukan tanah air Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan inisiatif PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada atlet sebagai langkah positif dalam memperkukuh kebajikan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Beliau berkata, perlindungan itu penting memandangkan atlet sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan atau kemalangan sama ada ketika menjalani latihan, menyertai pertandingan mahupun dalam perjalanan ke lokasi latihan.
"Kerjaya atlet ini sentiasa berisiko. Bila-bila masa boleh berlaku kecederaan ataupun kemalangan sewaktu latihan dan pertandingan, termasuk ketika dalam perjalanan pergi dan balik latihan.
"Jadi ini satu nilai tambah yang sangat baik kerana sekiranya berlaku kecederaan, sekurang-kurangnya atlet boleh mendapat faedah perubatan, rawatan pemulihan ataupun faedah hilang upaya sementara dan kekal," katanya.
Pekan turut menggalakkan persatuan sukan kebangsaan dan agensi berkaitan memastikan atlet di bawah naungan masing-masing mempunyai perlindungan keselamatan sosial sama ada menerusi caruman sendiri atau sumbangan pihak yang mengendalikan program latihan.
Beliau berkata, perlindungan sedemikian juga berpotensi meringankan beban kewangan atlet selepas bersara, khususnya apabila kehilangan sumber pendapatan atau berdepan masalah kesihatan.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap kesedaran mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial dapat dipertingkat dalam kalangan atlet, selain menggalakkan semua pihak berkepentingan dalam industri sukan menyokong inisiatif berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.