
Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 buah kenderaan diperiksa menerusi penguatkuasaan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi. (Utusan Malaysia, 11:46)
Read the reporting
2 reports
Lebih 800 motosikal masuk pukat di Jalan Ampang
KUALA LUMPUR – Lebih 800 penunggang motosikal yang menjadikan Jalan Ampang, di sini sebagai lokasi berkumpul akhirnya ‘masuk pukat’ dalam operasi samseng jalanan, awal pagi tadi.
Operasi bermula pukul 3 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kuala Lumpur (JSPTKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan.
Timbalan Ketua JSPTKL Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi itu dilaksanakan susulan aduan yang diterima daripada pihak hotel, penduduk serta pengusaha restoran yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya, sebanyak 300 saman telah dikeluarkan, manakala sejumlah 60 motosikal disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Daripada pemerhatian kita, hampir 90 peratus kesalahan berkaitan keadaan motosikal itu sendiri termasuk pengubahsuaian pada komponen motosikal seperti brek dan ekzos.
“Selain itu, terdapat juga penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu sah walaupun sudah dewasa,” katanya ketika ditemui selepas operasi dijalankan.
Suffian berkata, pihaknya turut menahan seorang penunggang yang gagal mengemukakan identiti motosikal mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, motosikal yang disita akan dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut sebelum tindakan susulan diambil mengikut kesalahan yang dikenal pasti.
“Pemilik, penjaga dan pihak berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan. Sekiranya terdapat kesalahan, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
“Pelepasan motosikal pula bergantung kepada hasil pemeriksaan dan tindakan yang perlu diselesaikan bagi setiap kes,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, operasi berkenaan turut mengesan penglibatan golongan muda berusia antara 16 hingga 30 tahun yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah.
Menurutnya, terdapat penunggang mengambil mudah risiko perbuatan itu meskipun sudah diberikan nasihat oleh ibu bapa atau penjaga.
“Daripada pemerhatian kita, mereka bukannya tidak tahu, tetapi mereka mengambil mudah perkara yang boleh mengancam nyawa sendiri serta membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Kita berharap ibu bapa dan penjaga memainkan peranan dengan memberikan nasihat serta memantau pergerakan anak masing-masing supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang membahayakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lebih 800 motosikal masuk pukat di Jalan Ampang appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.