
Pampasan mangsa pemandu mabuk ringan beban waris
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pampasan mangsa pemandu mabuk ringan beban waris (Google News Malaysia (BM), 08:09)
Read the reporting
1 report
Pampasan mangsa pemandu mabuk ringan beban waris
PETALING JAYA: Cadangan mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa perlu disertai mekanisme pelaksanaan yang jelas bagi memastikan hak waris terbela.
Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, pemberian pampasan yang munasabah penting bagi meringankan beban waris yang bukan sahaja berdepan kesan emosi akibat kehilangan ahli keluarga, malah turut terjejas dari segi kewangan, lebih-lebih lagi jika mangsa merupakan pencari nafkah utama.
Katanya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan kaedah pembayaran bersesuaian sekiranya pesalah tidak mampu menjelaskan pampasan secara sekali gus.
“Cadangan kerajaan untuk mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa merupakan satu langkah yang baik.
“Namun, kerajaan perlu memastikan terdapat mekanisme yang jelas supaya pampasan dapat dibayar tanpa mengabaikan hak waris mangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menerusi Belanjawan 2027, kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa.
Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, hukuman lebih tegas juga perlu dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan tersebut, terutamanya dalam kes yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Beliau berkata, penguatkuasaan tidak seharusnya tertumpu kepada hukuman selepas kemalangan, sebaliknya perlu mengutamakan langkah pencegahan bagi mengelakkan tragedi berulang.
Dalam pada itu, katanya, penggunaan sistem telematik pada kenderaan perdagangan mampu membantu pihak berkuasa memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan bagi mengenal pasti pemandu berisiko.
“Bagaimanapun, sistem ini hanya berkesan sekiranya peralatan berfungsi dengan baik dan tindakan segera diambil apabila pelanggaran dikesan.
“Kerajaan juga perlu memastikan peralihan daripada pelaksanaan secara sukarela kepada mandatori berjalan mengikut jadual dengan penguatkuasaan yang konsisten,” katanya.
Beliau menegaskan, usaha mengurangkan kematian di jalan raya memerlukan pelaksanaan menyeluruh merangkumi pampasan kepada mangsa, pemantauan teknologi dan penguatkuasaan berterusan.
“Nyawa yang hilang tidak boleh dikembalikan, maka langkah pencegahan perlu diberi keutamaan sebelum tragedi berlaku,” katanya. – UTUSAN
The post Pampasan mangsa pemandu mabuk ringan beban waris appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)08:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.