Malaysian Attention Engine
Live wire
54King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia49Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat41Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV38PRN Melaka: Perbezaan pandangan kerjasama uji kesatuan PH, kata penganalisis37World : Iran And US Exchanged New Proposals For Negotiations, Pezeshkian Tells Putin36National Service to begin in Sarawak in July 20283512 politicians granted DNAAs in 19 cases since 201035Man City must ‘stick together’ during crisis, says Haaland
NewConfirmedupdated 15 h ago

Peguam Negara, Ahmad Zahid dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
11
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
4
4 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 11:42 MYTLatest activity 8 Oct, 18:21BMconfidence 72%

What happened

Peguam Negara, Ahmad Zahid dibenar rayu keputusan Mahkamah Rayuan (Google News Malaysia (BM), 11:42)

Read the reporting

1 report
Photo: berita.rtm.gov.my
berita.rtm.gov.my·News·BM·3 min read

Yayasan Akalbudi: Ahmad Zahid, Peguam Negara dibenarkan rayu keputusan mahkamah rayuan

8 Oct, 18:21 MYT

PUTRAJAYA, 8 Okt – Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pendakwaan untuk menghentikan kes rasuah Yayasan Akalbudi.

  • Mahkamah Persekutuan memutuskan isu perlembagaan baharu berkepentingan awam memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan.
  • Hakim Hashim menegaskan ujian mesti dijalankan dengan disiplin, berhati hati dan penuh batasan bagi cabaran kuasa pendakwaan Perkara 145(3).
  • Mahkamah mendapati Ahmad Zahid dan Peguam Negara memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Datuk Seri Hashim Hamzah serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan bahawa kes itu menimbulkan isu perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam dan memerlukan penjelasan serta keputusan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Hakim Hashim berkata kes berkenaan melibatkan ambang untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman apabila budi bicara pendakwaan Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dicabar.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah menggunakan ambang dua peringkat berdasarkan tafsirannya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sundra Rajoo, manakala Mahkamah Rayuan pula, menggunakan ujian satu peringkat.

“Ujian ini mesti dilaksanakan dengan penuh disiplin, berhati-hati dan penuh batasan apabila melibatkan kuasa pendakwaan Peguam Negara di bawah Perkara 145(3),” katanya.

Hakim Hashim berkata Ahmad Zahid dan Peguam Negara masing-masing telah memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) dan Seksyen 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mendapatkan kebenaran.

Beliau berkata mahkamah membenarkan empat persoalan undang-undang yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri dan menolak satu, manakala bagi Peguam Negara, mahkamah membenarkan kedua-dua persoalan undang-undang yang dikemukakan.

Satu daripada persoalan berkenaan ialah sama ada, dalam kes yang melibatkan cabaran terhadap keputusan Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, ambang dua peringkat perlu dipenuhi sebelum kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dapat diberikan.

Persoalan lain ialah sama ada, apabila mahkamah jenayah membuat perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berikutan permohonan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 245(1) Kanun Tatacara Jenayah, remedi semakan kehakiman terletak pada permohonan Pendakwa Raya sepanjang tempoh perintah DNAA berkuat kuasa.

Pada 7 Mei lepas, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada 4 Sept 2023 yang menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Jun 2024 yang menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman itu.

Ahmad Zahid, yang merupakan responden kedua yang dicadangkan dalam prosiding semakan kehakiman itu, kemudian memfailkan permohonan pada 25 Mei lepas untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan. Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pula memfailkan permohonan berasingan untuk mendapatkan kebenaran merayu.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Badan Peguam memohon deklarasi daripada Mahkamah Tinggi bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, yang melepaskan dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi adalah terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi membenarkan DNAA itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara berhasrat menghentikan prosiding itu terhadap Ahmad Zahid bagi meneliti bukti-bukti baharu.

Semasa prosiding berlangsung, Ahmad Zahid diwakili pasukan 11 peguam yang diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik, manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi dan Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman mewakili Peguam Negara.

Badan Peguam pula diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga dan Steven Thiru.- BERNAMA

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 12NEWnow08:0009:00
Latest 09:46 MYT
11New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 14:01 MYT
Origin confidence 90% · 261 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    14:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.