Malaysian Attention Engine
Live wire
49"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker49General : Foreigners' Illegal Economic Activities In Semporna Raised In Federal Cabinet47Sekolah di Melaka, Selangor, N.Sembilan, tiga daerah Pahang beroperasi esok47General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone47Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’47Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM44General : Remaining Work On Mabul Island FOB Project Must Be Completed On Schedule In 202841Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Natasha terlepas pertahan gelaran, raih perak35Aliff sedia uji kehebatan juara dunia35MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 203534Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pelajar diperdaya, reka adegan diculik di bilik sewa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 15:09 MYTLatest activity 19 Oct, 15:09BMconfidence 60%

What happened

Bangkok: Gara-gara diperdaya sindiket penipuan pusat panggilan, seorang penuntut universiti sanggup mengasingkan diri di bilik sewa dan melakonkan adegan penculikan palsu termasuk menyapu campuran sirap merah dan kopi pada tubuh serta dinding bilik bagi menyerupai darah, lapor Khaosod English. (Harian Metro, 15:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pelajar diperdaya, reka adegan diculik di bilik sewa

By Agensi · 19 Oct, 15:09 MYT

Bangkok: Gara-gara diperdaya sindiket penipuan pusat panggilan, seorang penuntut universiti sanggup mengasingkan diri di bilik sewa dan melakonkan adegan penculikan palsu termasuk menyapu campuran sirap merah dan kopi pada tubuh serta dinding bilik bagi menyerupai darah, lapor Khaosod English.

Helah itu bertujuan memperdaya ibu bapanya supaya membayar wang tebusan selepas sindiket berkenaan gagal mendapatkan wang daripada mangsa yang sudah menyerahkan 36,000 baht Thailand (kira-kira RM4,400).

Bagaimanapun, rancangan itu terbongkar apabila ibu bapanya meragui dakwaan anak mereka menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Mereka menghubungi pensyarah universiti untuk mengesahkannya sebelum menyedari anak mereka mungkin menjadi mangsa penipuan dan meminta bantuan polis.

Balai Polis Pathumwan menerima laporan bahawa pelajar itu hilang dari tempat penginapan dan cuba mencederakan diri.

Hasil operasi bersama Biro Siasatan Metropolitan dan Bahagian Siasatan 6, mangsa ditemukan bersendirian di sebuah bilik sewa di lorong berhampiran Soi Sasan, kawasan Phaya Thai, kira-kira jam 6 petang pada 17 Oktober lalu.

Ketika polis tiba, mangsa masih bercakap melalui telefon dengan sindiket berkenaan.

Suspek segera menamatkan panggilan selepas menyedari pihak berkuasa berada di lokasi.

Menurut siasatan, perangkap itu bermula sehari sebelumnya apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan syarikat telekomunikasi.

Pemanggil mendakwa maklumat kad pengenalan mangsa digunakan untuk mendaftarkan nombor telefon yang terbabit dalam penipuan dan pengubahan wang haram.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek memberikan nombor pengenalan diri 13 digit miliknya dengan tepat.

Panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis di wilayah lain sebelum mangsa diarahkan berkomunikasi melalui ruang sembang Telegram bernama 'Investigation Room.'

Mangsa diugut dan didesak memindahkan wang kononnya untuk mengesahkan transaksi kewangan serta membuktikan dirinya tidak bersalah.

Selepas menyerahkan 36,000 baht Thailand (kira-kira RM4,400) dia diarahkan meninggalkan tempat penginapan biasa, menyewa bilik lain dan menggunakan nombor telefon baharu supaya keluarga serta kenalannya tidak dapat menghubunginya.

Sindiket turut mendapatkan kod pengesahan akaun LINE mangsa sebelum mengambil alih akaun itu untuk menghubungi keluarganya.

Apabila mengetahui mangsa kehabisan wang, suspek mengarahkannya mendakwa menerima biasiswa ke luar negara dan memerlukan antara 200,000 hingga 300,000 baht Thailand (kira-kira RM24,000 hingga RM37,000) bagi menampung perbelanjaan berkaitan.

Bagi menguatkan cerita palsu itu, mangsa diarahkan melakonkan dirinya sebagai mangsa penculikan dan menggunakan campuran sirap merah serta kopi untuk menghasilkan kesan menyerupai darah pada tubuh dan dinding bilik, sekali gus menimbulkan kebimbangan keluarganya supaya mereka menghantar lebih banyak wang.

Polis Diraja Thailand dan Biro Polis Metropolitan memberi amaran bahawa sindiket penipuan pusat panggilan menyasarkan pelajar universiti dengan dakwaan palsu kononnya mereka terbabit dalam kes jenayah sebelum memaksa mangsa memindahkan wang atau menyerahkan aset lain.

Orang ramai yang menerima panggilan berunsur ugutan dinasihatkan supaya segera menamatkan panggilan dan tidak mematuhi arahan pemanggil.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 15:40 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 15:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.