Malaysian Attention Engine
Live wire
54King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia49Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat41Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV38PRN Melaka: Perbezaan pandangan kerjasama uji kesatuan PH, kata penganalisis37World : Iran And US Exchanged New Proposals For Negotiations, Pezeshkian Tells Putin36National Service to begin in Sarawak in July 20283512 politicians granted DNAAs in 19 cases since 201035Man City must ‘stick together’ during crisis, says Haaland
NewConfirmedupdated 10 h ago

Pelajar Perancis kembali sekat sekolah, Menteri Pendidikan jemput wakil untuk berunding

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 23:20 MYTLatest activity 8 Oct, 23:20BMconfidence 80%

What happened

ISTANBUL: Pelajar sekolah menengah dan universiti kembali mengadakan sekatan di seluruh Perancis pada Khamis bagi menuntut lebih banyak sumber untuk pendidikan, ketika Menteri Pendidikan Edouard Geffray menjemput wakil pelajar untuk mengadakan rundingan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan. (Google News Malaysia (BM), 23:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·1 min read

Pelajar Perancis kembali sekat sekolah, Menteri Pendidikan jemput wakil untuk berunding

8 Oct, 23:20 MYT

ISTANBUL: Pelajar sekolah menengah dan universiti kembali mengadakan sekatan di seluruh Perancis pada Khamis bagi menuntut lebih banyak sumber untuk pendidikan, ketika Menteri Pendidikan Edouard Geffray menjemput wakil pelajar untuk mengadakan rundingan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Geffray menjemput tiga persatuan pelajar sekolah menengah iaitu Union Syndicale Lyceenne (USL), Renouveau Lyceen dan Lyceens! ke kementerian pada 3 petang waktu tempatan (1 petang GMT), dengan Menteri Pengajian Tinggi Philippe Baptiste turut dijadualkan hadir, lapor Le Parisien.

Mobilisasi pelajar itu diteruskan selepas Perdana Menteri Sebastien Lecornu berjanji pada petang Rabu untuk mengumumkan langkah awal menjelang akhir Oktober.

Beberapa sekolah di Paris disekat oleh pelajar manakala Universiti Pantheon-Assas membatalkan kelas sesi pagi susulan sekatan itu. Universiti Lumiere Lyon 2 pula menutup tiga kampusnya sepanjang hari kerana risiko gangguan yang tinggi.

Sekatan turut dilaporkan berlaku di sekolah menengah di Angers, apabila anggota bomba campur tangan untuk memadam tong sampah yang dibakar.

Unjuran Kementerian Pendidikan menunjukkan 224 institusi pendidikan akan ditutup sepenuhnya dan 151 lagi mengalami gangguan sebahagian pada Khamis, kira-kira 30 peratus lebih rendah berbanding jumlah institusi yang dijangka terjejas pada waktu sama pada Rabu.

Pertubuhan pelajar menyeru supaya perhimpunan diadakan di luar pejabat wilayah di kawasan Ile-de-France, sebelum diteruskan dengan himpunan di Place de la Bastille, Paris, pada 3 petang. Beberapa kesatuan pekerja sektor pendidikan, termasuk Snes-FSU, CGT, FO dan Sud, turut menyokong aksi mogok dan demonstrasi selama sehari.

Antara tuntutan pelajar ialah penyediaan 250,000 tempat tambahan di universiti serta penamatan sistem pemilihan melalui platform kemasukan Parcoursup.

Presiden USL Ryad Rani, meminta pertemuan dengan Lecornu pada minggu depan, sambil berkata wakil pelajar menyediakan cadangan yang disertakan pengiraan kos.

Sementara itu, Speaker Dewan Perhimpunan KebangsaanYael Braun-Pivet, menggesa penunjuk perasaan dan polis supaya kekal tenang serta menyeru agar kebimbangan pelajar diberi perhatian.

Jurucakap kerajaan Maud Bregeon mempertahankan rancangan pendidikan kerajaan dengan berkata sebanyak €64 bilion (kira-kira AS$72 bilion) diperuntukkan untuk pendidikan kebangsaan pada tahun depan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 16NEWnow08:0009:00
Latest 09:46 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 23:20 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    23:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.