Malaysian Attention Engine
Live wire
5040 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal50Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing411MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit35General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad35Tiga kereta, tiga motosikal tertimbus dalam tanah runtuh di Kajang35Sivasangari tempah tiket suku akhir Terbuka Mesir35General : Jep Sepahtu Praised For Disclosing RM1.935 Mln In Zakat Payments Over A Decade34World : Over 100 Foreign Trekkers Stranded As Flash Floods Hit Nepal's Manaslu Region34Pelajar maut, rakan cedera motosikal rempuh lori33General : ANGKASA Wants All Cooperatives To Fulfill Qualification Process To Become MyKasih Business Partners33Local woman allegedly raped by foreigner in shopping mall33Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
RisingConfirmedupdated 14 min ago

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
42
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 21:07 MYTLatest activity 12 Oct, 22:16BMconfidence 87%

What happened

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing (Harian Metro, 21:07)

Read the reporting

3 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

'Saya pangku Ziad, tapi dia sudah tiada' - Bapa remaja maut disambar petir

By Nor Fazlina Abdul Rahim · 12 Oct, 21:52 MYT

nfazlina@nstp.com.my

Pasir Mas: "Sebaik dimaklumkan Ziad terkena petir, saya terus bergegas ke kawasan bendang dan memangku badannya, namun ketika itu anak saya sudah meninggal dunia," kata Abdul Hadi Abdul Ghani, 60.

Abdul Hadi adalah bapa kepada pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Ziad Zikri , 14, yang maut disambar petir ketika memancing di kawasan bendang di Kampung Tasek Berangan jam 4.30 petang tadi.

Menceritakan kejadian itu, Abdul Hadi berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya dan mengetahui anak bongsu daripada lima beradik itu keluar memancing bersama rakan dan sepupunya.

"Namun saya terkejut apabila anak saudara yang turut memancing bersama Ziad berlari pulang dan memaklumkan anak dipanah petir.

"Kami terus bergegas ke lokasi kejadian kira-kira dua kilometer (km) dari rumah.

"Ketika itu anak saya yang lain sudah sampai dan cuba membangunkan Ziad kerana menyangkakan dia hanya pengsan.

"Saya terus memangku Ziad, tetapi dia sudah tiada. Kami membawanya ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk pengesahan kematian," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam ini.

Katanya, kejadian yang berlaku sangat mengejutkan kerana anaknya keluar dari rumah jam 4 petang dalam keadaan sihat sebelum dibawa pulang dengan jasad yang sudah tidak bernyawa.

"Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian yang berlaku kerana menganggap ini takdir Allah.

"Apa yang saya boleh katakan Ziad seorang anak yang sangat baik dan mendengar kata selain ceria serta suka membantu keluarga.

"Malah hobinya setiap petang adalah memancing ikan dan menangkap burung," katanya.

Abdul Hadi berkata, anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang, di sini, seperti biasa dan sempat ke kelas mengaji sebelum memancing.

"Malam tadi kami sempat berbual dan saya berpesan kepada Ziad supaya rajin ke kelas mengaji untuk bekalan akhirat.

"Sebelum ini pun dia pergi mengaji, tetapi hanya sesekali dan perlu disuruh, namun hari ini dia pergi tanpa perlu disuruh selepas pulang dari sekolah," katanya.

Katanya, jenazah anaknya akan dikebumikan pagi esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 4 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow22:00
Latest 22:24 MYT
42Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +100%, z 1.8

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 21:07 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (7)

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir di Pasir Mas
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate
Pelajar maut disambar petir semasa memancing
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate
Remaja maut disambar petir ketika memancing
Kosmo!NewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.