
Pelakon dan penulis skrip Mufid Suhaimi meninggal dunia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pelakon dan penulis skrip Mufid Suhaimi meninggal dunia (Harian Metro, 20:04)
Read the reporting
1 report
Pelakon dan penulis skrip Mufid Suhaimi meninggal dunia
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon dan penulis skrip, Mufid Suhaimi ditemukan meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Pandan Indah, di sini, hari ini.
Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh berkata, arwah yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan mempunyai sejarah penyakit jantung.
"Arwah tinggal seorang diri di rumah itu. Sebelum ini, dia tinggal bersama anak saudaranya, tetapi anak saudaranya berpindah selepas dia berkahwin.
"Mengikut perancangan keluarga, jenazah arwah akan dikebumikan di Meru, Ipoh, Perak pada malam ini," katanya kepada Harian Metro memaklumkan jenazah dibawa ke Ipoh, kira-kira jam 6 petang tadi.
Mengimbas pembabitan awal arwah dalam industri seni, Fadzil berkata, dia sudah mengenali dan bersahabat rapat dengan Mufid sejak 40 tahun lalu.
"Kami berkawan sejak dari zaman muda dan sama-sama berkecimpung dalam industri. Arwah seorang yang sangat berbakat dan pernah menjadi penulis skrip, pengurus produksi serta penerbit penyelaras untuk banyak karya drama.
"Karier arwah cukup cemerlang sebagai penulis skrip dengan menghasilkan ratusan drama bersiri popular," katanya.
Antara drama bersiri karya arwah yang mendapat tempat di hati penonton termasuklah Teduhan Kasih, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Bencinta, Raisha, Dian, Lelaki Kiriman Tuhan, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Eksperimen Cinta, Yes Boss, Seindah Takdir Cinta dan Dalam Setiap Sujud.
Menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar, Fadzil berkata, Mufid adalah seorang rakan yang sangat periang dan sentiasa mengambil berat mengenai orang sekeliling.
"Arwah seorang yang kelakar, banyak idea, menghiburkan dan tidak lokek berbelanja. Dalam produksi pula, dia sentiasa menyokong dan memberikan sumbangan yang sangat baik.
"Dia juga rajin bertanya khabar, ceria dan sangat prihatin terhadap orang lain," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.