
Remaja 16 tahun diselamatkan daripada sindiket pelacuran, 2 ditahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Remaja 16 tahun diselamatkan daripada sindiket pelacuran, 2 ditahan (Google News Malaysia (BM), 20:43)
Read the reporting
3 reports
Remaja 16 tahun diselamatkan daripada sindiket pelacuran, 2 ditahan
am@hmetro.com.my
Kangar: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran melalui aplikasi media sosial dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Op Noda pada jam 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan.
Beliau berkata, penahanan suspek dan penyelamatan mangsa dilakukan hasil maklumat serta risikan pihak polis berhubung aktiviti jenayah pelacuran membabitkan eksploitasi kanak-kanak di kawasan berkenaan.
"Hasil serbuan, polis menahan dua lelaki berkenaan yang disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat dan mengeksploitasi mangsa secara seksual.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dikenakan sebatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hamzah berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melanggar undang-undang dan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat menghargai setiap maklumat yang disalurkan.
"Oleh itu, kita memohon kerjasama masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 6 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
- NewsFirst news outlet reports it (Harian Metro) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- StateRising
4 sources, growth +100%, z 1.8
- StateAccelerating
growth +100% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)20:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (8)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.