Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud45‘Mahkamah sampai dapat ganti rugi’ – Ruhainies jawab fitnah ‘sugar daddy’45Gantung seumur hidup lesen pemandu mabuk, khayal dadah - CAP44Business : Modenas Eyes Egypt As Export Hub For Africa, Middle East By 202841Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739Eight-metre-deep sinkhole forces closure of Gua Musang-Kota Bharu road39Polis India tahan puluhan penunjuk perasaan36Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan36World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra36World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix35Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Penerbit catu makan produksi di set, tidak kaya juga – Azhan Rani

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 09:00 MYTLatest activity 11 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

DARI dulu sampai sekarang ada sahaja makanan basi atau tidak cukup di set penggambaran.” (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Penerbit catu makan produksi di set, tidak kaya juga – Azhan Rani

By . WAFA AULA · 11 Oct, 09:00 MYT

DARI dulu sampai sekarang ada sahaja makanan basi atau tidak cukup di set penggambaran.”

Itu cerita pelakon, Azhan Rani ketika datang ke sesi fotografi di pejabat kami, baru-baru ini. Hampir 20 tahun bergelar pelakon dengan ratusan set penggambaran yang sudah dijejaki, tentu sahaja banyak pengalaman yang dikumpul Azhan, 50. Mengimbau kembali kenangan lalu, jejaka asal Hulu Selangor itu tidak menafikan ada syarikat produksi yang tidak sepenuhnya menjaga kebajikan artis dan kru dengan baik.

Lebih kecewa, menurut calon Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2026 ini, ada pihak produksi yang tidak mengagihkan bajet yang diberikan oleh pihak stesen dengan adil membuatkan hidangan dicatu-catu atau juadahnya itu-itu sahaja.

“Perkara makanan basi, tak cukup memang terjadi. Bagi saya, bajet stesen TV yang sudah diberi kepada produksi sepatutnya diagihkan secara adil. Kalau nak untung lebih dengan bagi kos makan yang sikit, itu agak keterlaluan.

“Sebenarnya, satu perkara yang boleh menggembirakan produksi adalah makanan. Tak boleh bayar banyak pun tak apa, janji makanan cukup dan sedap. Saya pernah alami situasi berminggu-minggu makan bihun ‘kosong’, tak ada ayam atau daging. Menu sama ulang-ulang.

“Ada satu pagi itu saya nampak bihun berterabur atas tanah, saya tanya ‘Kenapa?’ Ada yang tak sengaja terlanggar atau tumpahkan bihun?’, kru kata ‘memang itulah tempatnya’. Maknanya mereka sudah tertekan,” katanya.

Bagi pelakon Seribu Tahun itu, dia boleh memesan pesanan dari luar sekiranya tidak menepati selera namun perasaan kasihan kepada nasib kru yang sudahlah bayaran tidak banyak, makanan pula tidak seberapa.

“Pernah ada ikan kembung potong tiga, ada dapat bahagian kepala, ekor. Bahagi-bahagi. Oleh sebab ada satu lauk sahaja, siapa yang tak makan ikan, tiada pilihan lain.

“Biasanya kalau sudah nampak sikit begitu, saya akan dahulukan kru terlebih dahulu. Sebab saya fikir, mereka sudah tiba di set lebih awal berbanding saya, dan pulang lebih lewat hendak kemas semua peralatan. Jadi, biarkan mereka makan dahulu.

“Saya lihat penerbit yang buat begitu hadkan bajet makanan untuk untung banyak, tak kaya-kaya juga. Sebenarnya kalau di set penggambaran, kalau kita nampak banyak abang ‘delivery’ keluar masuk, maksudnya ada masalah dengan hidangan yang disediakan pihak katering produksi. Bukan apa, makanan yang cukup akan buatkan semua orang di set gembira.

“Saya pula ambil pendekatan kita semua terikat dengan kontrak iaitu bekerja dalam tempoh tertentu sahaja. Jika kali pertama saya lihat ada yang tidak kena, saya tidak akan bising ketika itu kerana saya sudah terikat kontrak. Tapi lepas kerja selesai, saya akan terus ‘block’ produksi itu. Tidak akan pergi lagi,” katanya.

Sokong proses, saya di belakang pendatang baharu

Setiap pelakon pasti mahu menjaga rekod kerjaya mereka, bahkan ada yang hanya memilih projek daripada pengarah atau syarikat produksi besar untuk memastikan mudah pecah panggung atau rating tinggi. Itu semua atas keputusan dan hak masing-masing.

Bagaimanapun, bagi Azhan, dia mahu berada dalam proses, bermaksud terbuka membantu mana-mana pengkarya baharu untuk memulakan langkah pertama dalam industri. Ceritanya, sepanjang bergelar pelakon, berkali-kali dia membuka ruang kepada pelajar perfileman untuk terlibat dalam projek mereka walau tidak dibayar mahal.

“Saya berada dalam proses itu daripada seseorang itu zero tidak tahu apa-apa. Saya pernah bekerja dengan pengarah-pengarah yang dulunya hanyalah bergelar pelajar, saya bantu projek tahun akhir mereka.

“Ada yang datang menangis mengaku dia tidak mampu bayar saya. Kerja pun lebih masa. Saya kata tak apa, saya mahu bantu. Bila kerja selesai, lepas dua minggu saya buka sampul, adalah dua keping wang.

“Tapi saya pesan kepada mereka, tak apa saya cuma mahu agar suatu hari nanti anda jadi antara pengarah yang penting dalam negara. Mahu dijadikan cerita, memang dia jadi pengarah besar Malaysia sekarang tapi itulah tak ada pula panggil saya berlakon. Saya pun faham,” katanya berseloroh.

Bagi Azhan, sepanjang 20 tahun, rezekinya terbuka luas kepada drama. Jika diperhatikan satu demi satu karakternya mencipta fenonema seperti Ustaz Madi (Nur), Wan Jusoh (Khunsa), Syukri (Seribu Tahun) dan terkini Jamali (Bulan Henti Bicara).

Tawaran filem jarang meletakkannya di posisi sebagai watak utama, bagaimanapun dia mengakui berpuas hati sebagai watak utama yang memeriahkan naskhah.

“Saya bukan ‘muka filem’ pun, jadi kedudukan saya paling tinggi pun pelakon pembantu mungkin kerana saya tiada wajah sinematik untuk filem. Rezeki saya banyak di drama.

“Apapun saya tidak nafikan saya sangat gembira menjayakan naskhah kawan-kawan rapat walaupun sekadar watak sampingan. Kadang sekadar lalu lalang di belakang atau dialog hanya satu babak sahaja.

“Minat saya kepada lakonan merentas medium apapun,” katanya yang memulakan kerjaya lakonan dengan pementasan teater sejak di Tingkatan Enam lagi.

Ujar Azhan, sesekali memandang pelakon baharu di set penggambaran, sesekali teringat perjalanannya sebagai pelakon di awal pembabitan membuatnya tidak kisah membantu pendatang baharu industri seni jika perlu.

Bermula dengan teater Lantai T. Pinkie, Azhan memulakan langkahnya sebagai pelakon televisyen menerusi Sesuci Cinta Sofiya bergandingan bersama Datuk Rosyam Nor.

“Bila lihat mereka, kadang teringat saya dulu betapa ketarnya bila terus jadi watak utama jahat dengan Rosyam Nor pula. Dia nampak garang, tapi hati dia baik.

“Baju pun tak cukup masa itu, semua baju saya pun beli dekat pasar sahaja. Mana ada duit. Sampai Datuk Rosyam bagi pinjam baju dia. Sangat besar jasa dia. Saya tidak boleh padamkan nama dia dalam perjalanan seni saya. Sampai sekarang, depan orang lain saya boleh bergurau, depan dia saya ada rasa hormat dan segan,” katanya.

The post Penerbit catu makan produksi di set, tidak kaya juga – Azhan Rani appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:18 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
11 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Penerbit catu makan produksi di set, tidak kaya juga – Azhan Rani · Malaysian Attention Engine