Malaysian Attention Engine
Live wire
49"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker49General : Foreigners' Illegal Economic Activities In Semporna Raised In Federal Cabinet47Sekolah di Melaka, Selangor, N.Sembilan, tiga daerah Pahang beroperasi esok47General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone47Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’47Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM44General : Remaining Work On Mabul Island FOB Project Must Be Completed On Schedule In 202841Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Natasha terlepas pertahan gelaran, raih perak35Aliff sedia uji kehebatan juara dunia35MAG sasar kurang pelepasan karbon 45 peratus menjelang 203534Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Penggiat seni perlu terus menimba ilmu - Megat Sharizal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 14:46 MYTLatest activity 19 Oct, 14:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pendidikan formal menjadi pelaburan penting dalam memperkukuh pengetahuan dan pembangunan kerjaya dalam industri kreatif, meskipun seseorang sudah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan. (Berita Harian, 14:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Penggiat seni perlu terus menimba ilmu - Megat Sharizal

By A’qilah Riduan · 19 Oct, 14:46 MYT

KUALA LUMPUR: Pendidikan formal menjadi pelaburan penting dalam memperkukuh pengetahuan dan pembangunan kerjaya dalam industri kreatif, meskipun seseorang sudah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Pengarah, pelakon dan penerbit, Megat Sharizal Mohamed Yusoff, 48, berkata, keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diceburinya ketika ini bertujuan memperdalam ilmu, sekali gus menyediakan dirinya untuk berkongsi pengetahuan dengan generasi akan datang.

Katanya, pengalaman bekerja sahaja tidak mencukupi kerana pendidikan formal dapat melengkapkan pengamal industri dengan pengetahuan lebih tersusun dan mendalam berkaitan bidang masing-masing.

"Dalam masa bekerja ini, saya memerlukan pendidikan rasmi dalam bidang yang sedang saya kerjakan sekarang untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam.

"Ilmu ini akan digunakan pada masa hadapan dan mungkin saya boleh kongsikan apa yang saya pelajari untuk generasi akan datang," katanya dalam kenyataan.

Mengulas perkembangan kerjaya, Megat yang mempunyai pengalaman dua dekad dalam industri seni berkata, beliau kini dalam proses menyiapkan filem keduanya berjudul Melayar, yang dijangka diterbitkan pada 2027 oleh Luncai Emas milik Datuk M. Nasir.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan muda dan pengamal seni supaya sentiasa menghargai kepentingan ilmu serta menghormati kepelbagaian bidang kerjaya.

Katanya, setiap bidang mempunyai peranan tersendiri dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara, justeru tidak wajar dipandang rendah.

"Tidak kira apa pun bidang yang diceburi, jangan memandang rendah bidang lain kerana semua bidang amat penting dalam menyumbang impak besar kepada ekonomi dan negara.

"Kita harus bersama-sama menaikkan dan meningkatkan apresiasi seni dalam negara kita," katanya.

Terdahulu, Megat Sharizal menerima Anugerah Sarjana Cemerlang bagi program Sarjana Industri Budaya Kreatif di Fakulti Filem, Teater dan Animasi sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105, di sini, semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:30 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 14:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.