Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud45‘Mahkamah sampai dapat ganti rugi’ – Ruhainies jawab fitnah ‘sugar daddy’45Gantung seumur hidup lesen pemandu mabuk, khayal dadah - CAP44Business : Modenas Eyes Egypt As Export Hub For Africa, Middle East By 202841Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739Eight-metre-deep sinkhole forces closure of Gua Musang-Kota Bharu road39Polis India tahan puluhan penunjuk perasaan36Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan36World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra36World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix35Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik
NewConfirmedupdated 42 min ago

Penonton bukan punca filem gagal - Rosyam Nor

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 11:30 MYTLatest activity 11 Oct, 11:34BMconfidence 80%

What happened

Penonton bukan punca filem gagal - Rosyam Nor (Google News Malaysia (BM), 11:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Penonton bukan punca filem gagal - Rosyam Nor

By Affan Rostam · 11 Oct, 11:34 MYT

SHAH ALAM: Industri perfileman tempatan perlu berhenti menyalahkan penonton apabila sesebuah karya gagal mendapat sambutan, sebaliknya berani menilai semula pendekatan dari aspek kualiti, pemasaran dan nilai komersial, kata penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor.

Rosyam, 59, berkata, kegagalan sesebuah filem di pawagam tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu penonton, sebaliknya pihak produksi perlu berani menilai semula strategi dan pendekatan digunakan dalam menghasilkan serta memasarkan karya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berkata, senario semasa industri perfileman tanah air menuntut penggiat seni mengambil kira pelbagai aspek termasuk nilai komersial, populariti pelakon, pengarah serta kekuatan pemasaran, dan bukan sekadar bergantung kepada genre.

"Penonton tidak pernah salah. Mereka adalah pembeli. Hidangkanlah makanan yang sedap, makanan yang enak dengan bungkusan yang cantik, maka pembeli akan datang. Begitu juga filem.

"Walaupun filem epik, tetapi adakah ia mempunyai nilai komersial yang tinggi? Adakah pelakonnya popular? Pengarahnya siapa? Memang itulah dunia filem.

"Jangan kata filem epik sahaja, filem berlatar moden pun banyak yang tidak terjual. Setahun ada 52 minggu. Kalau setiap minggu ada satu filem Melayu, berapa sahaja yang benar-benar meletup?

"Jadi, ini bukan soal genre, tetapi pemasaran dan kualiti," katanya ketika ditemui pada acara Meet & Greet bersama calon AMT 2026 di MyKart Raceway, di sini, baru-baru ini.

Rosyam berkata, terdapat karya yang mempunyai kualiti baik, namun gagal mendapat sambutan sewajarnya kerana kelemahan dari segi pemasaran dan publisiti.

Pelakon yang memulakan kerjaya seni pada usia 17 tahun itu berkata, kekurangan promosi yang berkesan menyebabkan kewujudan sesebuah karya tidak diketahui atau gagal sampai kepada khalayak sasaran.

"Kadang-kadang ada filem yang bagus, tetapi pemasarannya tidak. Mungkin juga filem itu tidak sampai kepada penonton kerana penerbit tiada peruntukan untuk membuat pemasaran.

"Contohnya, jika filem mengenai sukan lumba rali, Terbang bukanlah sesuatu yang diminati di Malaysia walaupun Karamjit Singh ialah juara dunia.

"Pengarahnya, Chiu Keng Guan, individu yang sama menghasilkan filem Ola Bola, tetapi filem itu laku kerana sukan bola sepak popular dan dekat dengan penonton.

"Irfan Zaini yang menerajui filem Terbang pula bukanlah dianggap figura yang cukup popular, cuma lakonannya kena dengan watak," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow12:00
Latest 12:08 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
11 Oct, 11:30 MYT
Origin confidence 60% · 4 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    11:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Penonton bukan punca filem gagal - Rosyam Nor
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.