Malaysian Attention Engine
Live wire
46General : Cross-border Haze Expected To Ease Within Two Weeks - NRES42Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta4236 kawasan catat IPU tidak sihat, Segamat & Seremban tertinggi40Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja40Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah38Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee37Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore35Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia35Badi pusingan awal terus hantui Jun Hao35World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda
NewConfirmedupdated 1 h ago

Perkukuh penyelidikan, pacu daya saing industri sawit negara - Noraini

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 18:23 MYTLatest activity 13 Oct, 18:23BMconfidence 80%

What happened

Perkukuh penyelidikan, pacu daya saing industri sawit negara - Noraini (Harian Metro, 18:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Perkukuh penyelidikan, pacu daya saing industri sawit negara - Noraini

By Tuty Haryanti Ahmad Rodzi · 13 Oct, 18:23 MYT

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penyelidikan dan inovasi dalam industri sawit perlu diperkukuh bagi meningkatkan produktiviti ladang, mengurangkan kehilangan hasil serta menambah pendapatan pekebun kecil.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, potensi sawit dalam empat sektor utama iaitu makanan, makanan ternakan, gentian dan bahan api perlu dimanfaatkan sepenuhnya menerusi pembangunan teknologi serta produk bernilai tambah.

Oleh itu, katanya, penyelidikan berterusan penting bagi mengenal pasti kaedah yang lebih berkesan untuk meningkatkan hasil, mengoptimumkan penggunaan sumber dan menangani cabaran yang dihadapi industri.

"Bahan tanaman yang ditambah baik dapat membantu meningkatkan hasil, manakala penyelidikan berkaitan tanah dan kesihatan tanaman membolehkan pengusaha menggunakan sumber dengan lebih berkesan.

"Selain itu, peralatan penuaian yang lebih baik pula dapat memudahkan kerja dan mengurangkan kehilangan hasil," katanya ketika berucap pada Kongres Antarabangsa Minyak dan Lemak (OFIC) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Noraini berkata, pembangunan makanan ternakan berasaskan sawit turut menawarkan peluang untuk memperluas penggunaan sumber tempatan termasuk menerusi penambahbaikan kualiti hampas isirung sawit sebagai bahan ramuan makanan haiwan.

Katanya, penyelidikan dan percubaan dalam keadaan tempatan perlu dilaksanakan bagi menilai nilai pemakanan, kaedah pemprosesan serta keupayaan bahan berkenaan menawarkan kualiti konsisten pada kos kompetitif.

"Usaha itu berpotensi menyediakan pilihan tambahan kepada penternak yang berdepan peningkatan kos makanan ternakan," katanya

Dalam sektor tenaga pula beliau berkata, penggunaan biojisim dan biogas daripada industri sawit boleh membantu meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, selain menjana tenaga untuk kegunaan operasi kilang.

Katanya, efluen kilang kelapa sawit boleh dirawat bagi memerangkap gas metana untuk penghasilan biogas, sekali gus menyediakan kaedah mengurus pelepasan gas sambil mendapatkan semula tenaga daripada proses rawatan.

"Bagaimanapun, pelaksanaan teknologi berkenaan bergantung pada faktor seperti kos, saiz operasi, kemudahan infrastruktur dan permintaan terhadap tenaga yang dihasilkan," katanya.

Susulan itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama lebih erat antara penyelidik dan pemain industri bagi mempercepat pembangunan serta pengkomersialan inovasi.

Katanya, kerjasama sejak peringkat awal membolehkan keperluan operasi industri dikenal pasti, manakala ujian produk dan percubaan lapangan dapat membantu menentukan kesesuaian sesuatu teknologi sebelum digunakan secara lebih meluas.

"Industri boleh menjelaskan keperluan operasinya, manakala penyelidik boleh membantu menilai pilihan yang ada dan menambah baik penyelesaian," katanya.

Noraini berkata, teknologi yang dibangunkan juga perlu praktikal, mudah digunakan dan mampu diakses oleh pekebun kecil, termasuk dari segi kos, latihan serta kemudahan penyelenggaraan.

Oleh yang demikian, beliau berharap OFIC 2026 menjadi platform untuk perkongsian ilmu dan penerokaan peluang kerjasama baharu, termasuk menerusi percubaan bersama, perkongsian penyelidikan dan pelaksanaan projek praktikal bagi memacu kemajuan industri sawit negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow19:0020:00
Latest 20:02 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 18:23 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    18:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Perkukuh penyelidikan, pacu daya saing industri sawit negara - Noraini · Malaysian Attention Engine