Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law46PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang42Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis40Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?40Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak40General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia40Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan36Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Business : AWC Unit Bags RM39.70 Mln Subcontract For Hyperscale Data Centre35General : Urgent Collective Action Needed To Save Malayan Tiger From Extinction – Lara Ariffin
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Perlanggaran kapal di Tanjung Sedili, Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 18:43 MYTLatest activity 14 Oct, 18:43BMconfidence 60%

What happened

KOTA TINGGI: Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan menubuhkan pasukan penyiasat insiden perlanggaran kapal kargo pukal dengan sebuah tongkang, kira-kira 32 batu nautika dari Tanjung Sedili, di sini, semalam. (Berita Harian, 18:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Perlanggaran kapal di Tanjung Sedili, Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat

By BERNAMA · 14 Oct, 18:43 MYT

KOTA TINGGI: Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan menubuhkan pasukan penyiasat insiden perlanggaran kapal kargo pukal dengan sebuah tongkang, kira-kira 32 batu nautika dari Tanjung Sedili, di sini, semalam.

JLM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan berkenaan akan menjalankan siasatan awal, mengumpul maklumat terperinci serta mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kejadian itu.

Insiden kira-kira 2 petang itu melibatkan kapal kargo pukal MV QI LIN (POR Majuro) dan tongkang ADAMANTIUM (POR Kuching) yang sedang ditunda oleh bot tunda HIGHLINE 56 (POR Kuching).

Ketika kejadian, tongkang yang membawa kira-kira 9,000 tan gipsum asli itu dalam pelayaran dari Thathong, Thailand ke Kobexindo, Indonesia, manakala MV QI LIN dalam perjalanan dari Cai Lan, Vietnam ke Singapura.

Menurut JLM, perlanggaran menyebabkan tongkang ADAMANTIUM rosak pada bahagian lambung kiri sehingga berlaku kemasukan air, namun berdasarkan laporan awal keadaannya masih stabil dan terkawal.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, tiada kehilangan nyawa, kecederaan atau tumpahan minyak dilaporkan, manakala tahap kerosakan MV QI LIN masih belum dapat dipastikan dan tertakluk kepada penilaian keselamatan serta keadaan semasa," menurut kenyataan itu.

JLM memaklumkan, pihaknya memandang serius insiden itu dan akan memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh serta objektif bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurut jabatan itu, perhatian turut diberikan terhadap aspek keselamatan pelayaran, kestabilan tongkang serta potensi pencemaran marin, selaras dengan komitmen untuk memperkukuh keselamatan pelayaran dan perlindungan alam sekitar marin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:00
Latest 19:07 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 18:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.