Malaysian Attention Engine
Live wire
46General : Cross-border Haze Expected To Ease Within Two Weeks - NRES42Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta4236 kawasan catat IPU tidak sihat, Segamat & Seremban tertinggi40Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja40Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah38Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee37Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore35Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia35Badi pusingan awal terus hantui Jun Hao35World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PKB berjaya terbit Sukuk Sosial pertamanya bernilai RM35 juta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 17:43 MYTLatest activity 13 Oct, 17:43BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Permodalan Kelantan Berhad (PKB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah berjaya melengkapkan penerbitan sulung Sukuk Sosial berjumlah RM35 juta di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta. (Kosmo!, 17:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

PKB berjaya terbit Sukuk Sosial pertamanya bernilai RM35 juta

By KOSMO! · 13 Oct, 17:43 MYT

PETALING JAYA – Permodalan Kelantan Berhad (PKB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah berjaya melengkapkan penerbitan sulung Sukuk Sosial berjumlah RM35 juta di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta.

Penerbitan ini merupakan Sukuk Sosial pertama Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan

negeri dan Sukuk Sosial pertama di Kelantan.

Urus niaga bersejarah ini menyusuli kemasukan sulung PKB ke dalam pasaran modal sukuk Malaysia melalui penubuhan Program Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta dan penerbitan Sukuk Wakalah berjumlah RM265.0 juta pada November 2025, yang merupakan penerbitan sukuk pertama di Kelantan.

Pengerusi PKB, Datuk Ahmad Yaakob, Pengerusi PKB berkata, penerbitan Sukuk Sosial ini bukan sekadar menyediakan sumber pembiayaan kepada PKB tetapi menjadi pemangkin kepada pengembangan perniagaan Ar-Rahn dan peningkatan keupayaan PKB untuk memberikan perkhidmatan kewangan Islam yang lebih luas kepada masyarakat.

“Dengan sokongan pembiayaan ini, PKB berhasrat memperkukuh operasi Ar-Rahn, meningkatkan kapasiti pembiayaan dan memperluas rangkaian perkhidmatan melalui pembukaan cawangan baharu di kawasan yang berpotensi.

“Pertumbuhan ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan menjana pendapatan PKB, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan prestasi Kumpulan PKINK,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Ahmad menjelaskan, pengembangan Ar-Rahn akan memberi manfaat yang lebih luas kepada rakyat Kelantan melalui akses kepada pembiayaan yang inklusif, khususnya bagi menyokong usahawan mikro dan masyarakat yang memerlukan.

“Kami melihat Sukuk Sosial ini sebagai satu instrumen strategik yang menghubungkan pertumbuhan perniagaan dengan penciptaan impak sosial dan pembangunan ekonomi negeri Kelantan amnya dan Malaysia secara keseluruhannya,” jelasnya.

Maybank Investment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama Tunggal, Pengatur Utama Tunggal, Pengurus Utama Tunggal, Penasihat Tunggal Penstrukturan Kelestarian dan Ejen Kemudahan bagi urus niaga ini, manakala Maybank Islamic Berhad bertindak sebagai Penasihat Syariah dan Pelanggan Tunggal.

Bagi menyokong penerbitan ini, PKB telah mewujudkan Rangka Kerja Kewangan Sosial yang telah dinilai secara bebas oleh MARC Solutions Sdn. Bhd. dan menerima penilaian impak “Emas”, yang menunjukkan keselarasan kukuh dengan amalan terbaik kewangan sosial.

Rangka Kerja ini adalah selaras dengan Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan

Bertanggungjawab (SRI) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ASEAN Social Bond Standards yang diterbitkan oleh ASEAN Capital Markets Forum, serta Social Bond Principles yang diterbitkan oleh International Capital Market Association.

Pengiktirafan ini menyokong komitmen PKB untuk memajukan pembangunan sosioekonomi yang inklusif melalui perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahn, yang menyumbang kepada pengukuhan keusahawanan akar umbi serta mengurangkan kelemahan kewangan, khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan. -KOSMO! ONLINE

The post PKB berjaya terbit Sukuk Sosial pertamanya bernilai RM35 juta appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:0020:00
Latest 20:02 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 17:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

PKB berjaya terbit Sukuk Sosial pertamanya bernilai RM35 juta · Malaysian Attention Engine