
'PM tak boleh kacau lagi, Speaker jadi boss' - Shahidan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'PM tak boleh kacau lagi, Speaker jadi boss' - Shahidan (Harian Metro, 13:51)
Read the reporting
1 report
'PM tak boleh kacau lagi, Speaker jadi boss' - Shahidan
farahmarshita@bh.com.my
Kuala Lumpur: Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat, di sini, hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai isu peruntukan.
Kekecohan bermula selepas Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) meminta supaya isu peruntukan diuruskan oleh Parlimen.
"Parlimen uruskan Ahli Parlimen, bukan Perdana Menteri masih campur tangan seperti yang berlaku sekarang. Perdana Menteri tidak boleh kacau lagi, Speaker jadi boss.
"Kami tidak dapat peruntukan Yang Berhormat. Akta baharu ini membolehkan Ahli Parlimen mendapat peruntukan yang sama…apa yang nak disebut di sini, pembangkang tidak dapat apa-apa, cuma klaim dan sebagai," katanya.
Mendengar perkara itu, Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudiannya bangun membantah kenyataan Shahidan.
Zhemin berkata, isu itu membabitkan kuasa eksekutif.
"Jangan kelirukan kuasa legislatif dengan eksekutif. Peruntukan itu kuasa eksekutif, kuasa eksekutif itu Perdana Menteri boleh tentukan nak beri kepada siapa.
"Arau sudah keliru, hak Parlimen dengan kuasa Parlimen pun tidak faham," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kemudiannya meminta kedua-duanya untuk duduk.
"Amat malang, baru kita katakan bahawa Parlimen sekarang ini diberikan kuasa untuk mentadbir diri sendiri tanpa ganggu gugat daripada eksekutif.
"Biarlah wakil-wakil ini duduk dulu. Majlis Peralihan Pentadbiran dan Perkhidmatan Parlimen pun baru tubuh, biarlah mereka berbincang.
"Wakil daripada pembangkang dua orang, bincang dulu. Saya pengerusi akan dengar kedua-dua pihak dan berlaku adil kepada semua," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.