Malaysian Attention Engine
Live wire
55Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara52Kastam rampas 1.19 tan dadah bernilai RM161.67 juta46Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung45Elliza masih trauma diburu ahlong44Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM42Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan41Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN40Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah36PRN Melaka: 'Usah cerita siapa calon, yang penting birukan Pantai Kundor' - Tuminah36Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jem teruk sekitar Sunway, ada yang ‘tersangkut’ hampir empat jam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:43 MYTLatest activity 15 Oct, 11:43BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya sekitar Bandar Sunway hari ini berdepan kesesakan luar biasa selepas beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) mengalami trafik perlahan susulan insiden kenderaan rosak dan kemalangan yang berlaku lebih awal. (Kosmo!, 11:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Jem teruk sekitar Sunway, ada yang ‘tersangkut’ hampir empat jam

By KOSMO! · 15 Oct, 11:43 MYT

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya sekitar Bandar Sunway hari ini berdepan kesesakan luar biasa selepas beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) mengalami trafik perlahan susulan insiden kenderaan rosak dan kemalangan yang berlaku lebih awal.

Menurut kemas kini trafik pada pukul 9.47 pagi, kesesakan di LDP berlaku lebih sejam dari Plaza Tol Puchong Selatan sehingga Jambatan Kabel susulan sebuah kereta rosak di Kilometer 18.3.

Kenderaan berkenaan telah dialihkan, namun kesannya menyebabkan kelewatan kira-kira sejam bermula dari Alam Sutera di Lebuh Raya Bukit Jalil.

Dalam arah bertentangan pula, trafik turut sesak dari Kelana Jaya menuju Plaza Tol PJS akibat kemalangan lebih awal berhampiran susur keluar Taylor’s University.

Kemalangan itu juga telah dialihkan, namun aliran trafik kekal perlahan sehingga memberi kesan kepada pengguna dari SS17 di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan rasa kecewa selepas terperangkap dalam kesesakan berjam-jam di sekitar Sunway.

Seorang pengguna Threads, @nycm823, mendakwa hanya perjalanan sejauh 3.5 kilometer mengambil masa lebih dua jam.

“Perhatian. Elakkan memasuki Sunway, Subang jika boleh. Keseluruhan trafik di kawasan itu tidak bergerak. Sudah lebih dua jam terbuang hanya untuk perjalanan sejauh 3.5 kilometer,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @cahayabungaa22, mendakwa perjalanannya menuju Sunway mengambil masa hampir empat jam.

“Saya tersekat dalam jem dari rumah ke Sunway dekat empat jam. Saya sikit lagi nak bertukar jadi Super Saiya dah ni. Saya baran,” tulisnya.

Pengguna @momofdoubleae_azr pula memaklumkan suaminya terperangkap lebih dua jam walaupun hanya dalam perjalanan dari SS17 ke Sunway Mentari.

“Apa berlaku dekat kawasan Sunway korang? Suami dah sangkut jammed dua jam lebih dari SS17 nak ke Sunway Mentari je. Anak dah penat dah dalam kereta,” katanya.

Seorang pengguna, @yusof300389, pula mendakwa dua lorong menuju Taylor’s University ditutup susulan sebuah Perodua Myvi putih mengalami masalah tayar.

“Pertama kali dalam 20 tahun ulang-alik, motor stuck jem. Aku bawa motor pun sakit hati, apatah lagi orang bawa kereta. Rupanya dua lorong jalan masuk ke Taylor’s University ditutup. Ada Myvi putih tercabut tayar” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Jem teruk sekitar Sunway, ada yang ‘tersangkut’ hampir empat jam appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:0013:00
Latest 13:22 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 11:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.